CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4355|Reply: 0

[Perlis] 10 tahun siapkan PhD, meninggal dunia tak sempat genggam skrol

[Copy link]
Post time 18-11-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (kiri) berkenan beramah mesra bersama Norsiah (dua dari kanan) dan Nurin Awatif (kanan) pada Majlis Konvokesyen Ke-18 UniMAP, Arau.

ARAU – Kemeriahan Majlis Konvokesyen Ke-18 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini bertukar pilu seketika apabila isteri kepada salah seorang penerima telah mewakili suaminya yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 31 Disember tahun lalu.

Norsiah Ashaari, 53, ditemani anaknya, Nurin Awatif Mohd Fizam, 23, menaiki pentas bagi menerima skrol ijazah berkenaan yang dianugerahkan kepada arwah Mohd. Fizam Zainon dalam majlis berlangsung di Dewan Ilmu, Unimap, di sini, pada Sabtu.

Norsiah berkata, dia merasa bangga dan hiba dengan kejayaan arwah suaminya itu yang sebelum ini bertungkus lumus bagi menamatkan pengajian dalam bidang ijazah doktor falsafah (PhD).

“Allahyarham sebelum ini mengambil sedikit masa iaitu sekitar 10 tahun bagi menamatkan pengajian disebabkan oleh faktor kesihatan.

“Namun saya merasa amat bangga apabila dia berjaya juga menamatkan pengajian walaupun tidak dapat hadir pada hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Norsiah berkata, arwah suaminya sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Kolej Komuniti Padang Terap.

Katanya, selepas menghadiri mesyuarat di Putrajaya, allahyarham suaminya mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Doktor memaklumkan suami saya mengalami serangan jantung dan telah ditidurkan selama 17 hari sebelum meninggal dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... mpat-genggam-skrol/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 27891 Replies : 772
Anna Jobling sambut birthday bf di Jakarta
mnh607Anna Jobling sambut birthday bf di Jakar
Views : 12064 Replies : 193
Pelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada Simpanan RM100,000 jika hendak sambung belajar di Australia
YgBenarPelajar Malaysia Perlu Tunjuk Bukti Ada
Views : 25662 Replies : 178
Cari Forum dah carum ke dekkkk?
stingerkentotCari Forum dah carum ke dekkkk?
Views : 2409 Replies : 10
Demi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepas Buat Bariatrik tetapi kiciwa suami curang dengan perempuan gemuk lain dan diceraikan.
YgBenarDemi Zuriat,Wanita ini Mengandung Selepa
Views : 4205 Replies : 68
Pembongkaran khas projek gagal RM300 juta di Serambi Walaun
pengecattaikPembongkaran khas projek gagal RM300 jut
Views : 1443 Replies : 4
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107229 Replies : 1549
Ayam DARSA guys! Besar!!!
admin6Ayam DARSA guys! Besar!!!
Views : 7388 Replies : 4
DUA GARIS BIRU
prettygoodDUA GARIS BIRU
Views : 1313 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.299565 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list