CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3055|Reply: 2

[Kedah] PPS ketiga dibuka di Kota Setar, mangsa banjir di Kedah meningkat

[Copy link]
Post time 16-11-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

KHEMAH yang dibuka di PPS SK Taman Aman. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Alor Setar: Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini berikutan limpahan air Sungai Anak Bukit sehingga menyebabkan mangsa banjir terus bertambah di negeri ini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, ini menjadikan jumlah PPS yang aktif di Kedah setakat ini adalah empat PPS.

Beliau berkata, tiga daripadanya adalah di daerah Kota Setar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah dan PPS baharu di SK Taman Aman yang dibuka jam 5.30 petang tadi.

"Bagaimanapun jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS SK Taman Aman masih dalam proses pendaftaran. Jumlah keseluruhan mangsa di tiga PPS daerah Kota Setar adalah seramai 137 mangsa daripada 48 keluarga setakat 8 malam ini.



"Sebuah PPS di daerah Kubang Pasu iaitu di SK Malau yang aktif menempatkan seramai 44 mangsa daripada 11 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi berkata, setakat ini, paras bacaan Sungai Anak Bukit terus melebihi paras bahaya setakat jam 8 malam yang menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -di-kedah-meningkat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2023 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga banjir cepat surut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2023 03:11 PM | Show all posts
baik inisiatif ini. lagi baik kalau dapat elakkan banjir terus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.062784 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list