CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3007|Reply: 0

[Kedah] 'Alor Setar Troopers' hasilkan Sistem Pemintas Frekuensi Audio, raih RM1 juta

[Copy link]
Post time 15-11-2023 07:03 PM | Show all posts |Read mode
'Alor Setar Troopers' hasilkan Sistem Pemintas Frekuensi Audio, raih RM1 juta


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



AHMAD Naufal (tiga, kanan) bersama pasukanya Alor Setar Troopers memenangi Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AiNSA) dengan mencipta produk inovasi dikenali sebagai Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS) ketika ditemui di Balai Bomba Alor Setar. FOTO Syaharim Abidin




Alor Setar: Pasukan Alor Setar Troopers yang terdiri daripada enam pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar melakar sejarah apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Utama, Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA) 2023, sekali gus melayakkan mereka membawa pulang wang RM1 juta, minggu lalu.

Pasukan diketuai Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah itu turut dianggotai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Azizan Jusoh, PBK II Haidar Fathil, PBK II Haryady Mohd Ashikin, PBK II Mohd Daud Awang dan Pegawai Bomba Mohd Khairul Khuzaini Maula Abu Othman.

Ahmad Naufal berkata, produk inovasi dikenali sebagai Sistem Pemintas Frekuensi Audio (AFIS) itu berperanan untuk memintas frekuensi radio kenderaan yang berada di depan bagi memaklumkan kehadiran jentera bomba, ambulans atau kereta peronda polis lebih awal.

Katanya, ia tercipta hasil pengalaman mereka sendiri yang ada kalanya terperangkap dalam kesesakan ketika menuju lokasi kemalangan akibat keadaan jalan yang sesak.

"Ada kalanya bunyi siren atau lampu beacon tidak sampai kepada kenderaan yang berada jauh di depan menyebabkan pemandu berkaitan tidak menyedari kehadiran jentera di belakang yang bergegas ke lokasi kemalangan atau kebakaran.

"Melalui AFIS, pihak bomba contohnya, boleh memintas frekuensi radio kenderaan dalam jarak tertentu untuk memaklumkan mengenai kehadiran jentera di belakang supaya pengguna jalan raya dapat 'membuka' laluan lebih pantas.

"Ini bermakna, semua pengguna kenderaan yang sedang mendengar radio ketika itu, akan menerima makluman mengenai kehadiran jentera bomba, ambulans atau kereta peronda polis di belakang supaya mereka lebih berhati-hati dan bersedia memberi laluan secepat mungkin," katanya pada sidang media di BBP Alor Setar, hari ini.

Penyampaian anugerah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya PICC, 7 November lalu.

Sebanyak 313 projek dinilai oleh juri terdiri daripada golongan profesional yang menganggotai Jawatankuasa Pemilihan AIPSA.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Naufal yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja berkata, AFIS tidak memerlukan belanja besar untuk dihasilkan dengan jarak pintasan frekuensi boleh dilaras mengikut kesesuaian.

"Kos yang diperlukan untuk menghasilkan AFIS hanya RM822.

"AFIS boleh memintas frekuensi radio pada jarak yang cukup jauh tetapi untuk kegunaan jentera bomba dan agensi kerajaan lain, jarak 200 meter adalah memadai.

"Peralatan ini cukup berguna untuk digunakan di bandar-bandar besar yang sesak. Penggunaan AFIS juga diyakini mampu membantu dalam mengurangkan tempoh bertindak terhadap kes kecemasan seperti disasarkan sebelum ini iaitu daripada 10 kepada lapan minit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa pihak yang sudah mencuba keberkesanan AFIS memberikan maklum balas cukup baik dengan mereka juga menyatakan rasa tidak sabar untuk menggunakannya bagi memudahkan urusan tugas masing-masing.

"Produk ini sudah didaftarkan di Harta Intelek Malaysia (MyIPO) malah turut mendapat surat penghargaan daripada Taman Teknologi Malaysia (TPM). Maklum balas diterima daripada agensi kerajaan lain yang menguji peralatan ini turut positif.

"Kami juga pernah membawa peralatan ini kepada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan mereka juga amat berminat dengan AFIS.

"Tidak mustahil peralatan ini boleh dikomersialkan dan diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa," katanya.



Disiarkan pada: November 15, 2023 @ 2:40pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list