CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10080|Reply: 0

[Kedah] Sungai Anak Bukit melimpah, 6 kampung dinaiki air

[Copy link]
Post time 15-11-2023 12:31 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Anak Bukit melimpah, 6 kampung dinaiki air


Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 14, 2023 @ 8:47pm
bhnews@bh.com.my




Anggota APM Kota Setar mengusung mangsa yang uzur untuk berpindah ke PPS di SK Titi Gajah akibat banjir kilat yang melanda daerah ini susulan limpahan Sungai Anak Bukit.- Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli




ALOR SETAR: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini akibat limpahan Sungai Anak Bukit susulan hujan lebat yang melanda hari ini.

Ini menjadikan jumlah PPS yang aktif di Kedah setakat ini adalah dua iaitu di daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.

Hasil tinjauan di beberapa kawasan di daerah ini mendapati, banjir kilat turut melanda kawasan Jalan Sultanah menyebabkan jalan raya, kawasan sekolah serta stesen minyak dinaiki air tetapi surut tidak lama kemudian.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar, berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah di daerah ini dibuka jam 5.30 petang tadi namun jumlah mangsa yang ditempatkan di situ masih dalam proses pendaftaran.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di daerah ini pada jam 3 petang.

"Paras air Sungai Anak Kedah yang melimpah sejak semalam akibat hujan lebat menyebabkan enam kampung di empat mukim dinaiki air dengan cepat.

"Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Alor Gunung, Kampung Pulau Kerengga, Kampung Seberang Chegar, Kampung Perang, Kampung Titi Gajah, Kampung Alor Senjaya dan Kampung Bohor," katanya ketika ditemui di lokasi banjir di Kampung Bohor, di sini hari ini.

Abdul Haliq berkata, setakat ini paras air menunjukkan peningkatan dan dijangkakan lebih banyak kawasan ditenggelami air akibat banjir kilat.

Beliau berkata, setakat ini paras bacaan air Sungai Anak Bukit sudah melebihi paras bahaya iaitu 3.03 meter berbanding paras normal 1.5 meter.

"Setakat ini 20 anggota APM Kota Setar melakukan pemantauan di kawasan yang terjejas akibat banjir kilat.

"Saya nasihatkan penduduk supaya sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan bersedia untuk berpindah dengan segera sekiranya rumah mereka dinaiki air.

"Jangan tunggu sampai malam baru nak berpindah kerana pada waktu malam, proses pemindahan lebih mencabar kerana gelap dan sebagainya, " katanya.

Sementara itu, penduduk Kampung Bohor, Satari Reso, 53, yang baru menjalani pembedahan di kaki kiri bersyukur kerana diselamatkan APM selepas rumahnya dinaiki air sejak semalam.

Katanya, air masuk ke dalam rumah sangat cepat hari ini sehingga menyebabkan dia tiada pilihan kecuali berpindah ke PPS.

"Dalam rumah saya ada isteri, anak dan dua cucu. Saya bimbang air sungai akan terus melimpah dan paras air banjir semakin meningkat," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044129 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list