CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3126|Reply: 0

Dua bintang gergasi EPL ke Arab Saudi

[Copy link]
Post time 14-11-2023 03:36 PM | Show all posts |Read mode

SANCHO (kanan) dan Richarlison menjadi pemain bintang baharu EPL yang menjadi buruan kelab gergasi Arab Saudi menjelang jendela perpindahan pada Januari depan.

LONDON – Akhbar The Telegraph melaporkan bahawa Manchester United dan Tottenham masing-masing bakal menerima tawaran daripada kelab Saudi apabila jendela perpindahan dibuka pada Januari depan.

Akhbar itu melaporkan, bintang buangan United, Jadon Sancho dan penyerang Tottenham Richarlison menjadi sasaran untuk berhijrah ke Arab Saudi pada jendela perpindahan Januari nanti.

“Liga Pro Arab Saudi kini sedang memuktamadkan pembiayaan untuk jendela perpindahan seterusnya, tetapi kelab sudah mengintai bintang serangan baharu daripada saingan Liga Perdana pada tahun baharu.

“Dengan sasaran jangka panjang melibatkan bintang paling cemerlang iaitu Mohamed Salah dan Song Heung-min yang sudah pasti sukar dibawa keluar pada pertengahan musim, Sancho dan Richarlison muncul sebagai sasaran utama untuk kelab Arab Saudi pada Januari nanti.

“Sancho dan Richarlison masing-masing menjadi bintang buruan Arab Saudi pada menjelang penghunjung jendela perpindahan musim panas lepas, namun pemain sayap United itu tidak menunjukkan minat, manakala Tottenham tidak terlintas untuk membenarkan pemain Brazil mereka berhijrah.

“Bagaimanapun, masih dapat dilihat sama ada pendirian pemain akan berubah, namun kelab Arab Saudi bersedia menguji situasi sekali lagi menjelang jendela Januari nanti.” – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... -epl-ke-arab-saudi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.057574 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list