CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2029|Reply: 0

[Kedah] Empat lelaki Thailand dicekup seludup diesel guna treler

[Copy link]
Post time 14-11-2023 03:14 PM | Show all posts |Read mode

Nor Izah (tiga dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan tangki treler yang diubah suai bagi membawa diesel untuk diseludup ke Thailand, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Taktik licik empat pemandu treler warga Thailand mengubah suai tangki minyak bagi menyeludup diesel dari Malaysia ke negara mereka berjaya dipatahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada minggu lalu.

Dalam operasi Ops Gegar antara pukul 8 hingga 8.30 malam, 7 November lalu itu, sebanyak empat treler dengan nombor pendaftaran Thailand ditahan di hadapan pintu masuk premis bebas cukai, The Zon di Bukit Kayu Hitam.

Pengarah Kastam negeri, Nor Izah Abd. Latiff berkata, kesemua kenderaan berat tersebut dalam perjalanan menuju ke Thailand dengan tiga daripadanya tidak membawa kontena manakala sebuah lagi membawa kontena berisi kertas gulung.

“Pemeriksaan mendapati tangki minyak keempat-empat treler itu telah diubah suai dan terdapat ruangan khas yang dipercayai telah diisi diesel.

“Treler-treler tersebut dipercayai akan berulang-alik ke negara ini bagi mendapatkan diesel dari gudang yang berada di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam untuk diseludup ke Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Kastam Alor Setar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... diesel-guna-treler/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.069647 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list