CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1968|Reply: 0

[Kedah] Banjir: 43 penduduk tiga kampung di Kubang Pasu dipindahkan

[Copy link]
Post time 14-11-2023 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Banjir: 43 penduduk tiga kampung di Kubang Pasu dipindahkan


Oleh Zuliaty Zulkiffli - November 14, 2023 @ 8:58am bhnews@bh.com.my




Anggota APM Kubang Pasu menasihatkan penduduk kampung yang terjejas banjir supaya berpindah ke PPS yang dibuka di SK Malau berikutan paras air semakin meningkat. - Foto APM




JITRA: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini malam tadi berikutan banjir kilat yang melanda susulan hujan lebat semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi berkata, PPS terbabit dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau yang menempatkan seramai 43 mangsa daripada 11 keluarga.

Semua mangsa dari Kampung Paya Tok Keong, Paya Tok Teh serta Kampung Biak di Mukim Malau dan PPS terbabit dibuka jam 10.25 malam tadi.

"Hujan lebat lebih tiga jam semalam bermula jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan terbabit dinaiki air.

"Pihak APM Kubang Pasu menerima maklumat berkaitan banjir kilat terbabit pada jam 5.30 petang semalam dan bergegas ke lokasi untuk melakukan operasi penyelamatan.

"Selain itu, anggota kami turut menasihatkan penduduk supaya berpindah ke PPS atau kawasan selamat berikutan trend air semakin menaik," katanya dalam kenyataan hari ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.842438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list