|
|
Pelakon Fasha Sandha, 39, selesa untuk tidak memberikan komen berkaitan isu boikot susulan konflik yang berlaku antara Israel dan Palestin.
Menurut pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, tindakan itu dilakukan bagi menjaga hati semua pihak selain menganggap isu terbabit terlalu subjektif untuk dibahaskan.
Selain itu, ulas pelakon ini lagi, dia juga percaya setiap individu wajar meneruskan hidup masing-masing meskipun pada masa yang sama bersolidariti bersama Palestin.
“Saya juga hairan ada yang tinggalkan komen mengaitkan isu Palestin di foto saya menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya. Pada saya, hidup perlu diteruskan tetapi jangan berhenti mendoakan Palestin.
“Kita tak boleh terlalu taksub sampai menjejaskan kehidupan seharian kita. Semua orang ada pendapat mereka, saya tetap mendoakan mereka.
“Jangan berhenti berdoa tetapi kehidupan memang kena diteruskan. Saya percaya, setiap individu ada cara tersendiri untuk menzahirkan solidariti terhadap Palestin,” katanya.
Sumber: Utusan
|
|