View: 5288|Reply: 32
|
Nas Ahmad perlukan rawatan jantung segera
[Copy link]
|
|
Nas Ahmad perlukan rawatan jantung segera
Bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad. Foto Ihsan Buletin TV3
Petaling Jaya: "Nak berjalan 100 meter pun saya mengah… penglihatan kini semakin kabur".
Itu luahan bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad yang popular dengan tagline 'terjah' menerusi program Galaksi terbitan TV9 suatu ketika dahulu.
Berkongsi perkembangan terkini selepas didiagnos menghidap penyakit jantung dua tahun lalu, pemilik nama Mohd Nasir Ahmad itu mengakui merindui dunia penyiaran.
Meskipun berdepan ujian getir iaitu penyakit jantung yang membataskan pergerakannya, Nas Ahmad tetap seperti dahulu senyum menerima kunjungan tetamu.
Nas berkata dia kini tidak mampu bekerja berikutan masalah kesihatan yang dialami malah bergantung sumber pendapatan anak-anaknya.
Bekas wartawan ini berkata, orang mungkin menyangka apabila dia tampil dalam program TV kehidupannya agak senang sedangkan hakikatnya berbeza.
Nas kini dibantu Pusat Zakat Selangor untuk bayaran rumah bernilai RM800.
"Saya mudah mengah kalau nak menapak jauh sangat, tak sampai 100 meter pun dah penat disebabkan satu saluran di jantung yang tersumbat.
"Kena banyak berehat, itu menyebabkan saya tak boleh bekerja seperti sedia kala. Saya rindu nak bekerja, nak keluar shooting nak bantu bela nasib industri.
"Dahulu saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Tiba-tiba zero income dan kini jadi asnaf. Jadi saya serahkan kepada rezeki," katanya dipetik daripada laman sesawang Buletin TV3.
Nas memberitahu dia kini menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan sten.
Tempoh menunggu yang agak lama menyebabkan beliau mengalami masalah kaki bengkak hingga susah solat.
Setiap minggu pula, Nas berulang alik ke Hospital Serdang dan Sungai Buloh.
"Saya tidak mempunyai insuran, tak ada pekerjaan… tak mampu untuk buat rawatan di hospital swasta. Saya sedang menunggu giliran di hospital kerajaan. tak saya sangat faham pesakit ramai, dan hospital ketika ini penuh.
Jadi bila tarikh saya akan jalani pembedahan itu, doktor sendiri belum berani nak janjikan bila… cuma bila doktor pesan kalau tak tahan terus ke kecemasan segera," tambahnya.
Freddie bersama Nas Ahmad. Foto Ihsan Freddie
Keadaan kesihatan beliau turut mendapat perhatian Persatuan Karyawan Malaysia.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, selaku wartawan Nas berjasa kerana banyak memaparkan kesusahan artis.
"Siapa sahaja tak kenal Nas Ahmad, kami sentiasa ingat bagaimana prihatinnya dia terhadap industri ini.
"Dia banyak membantu menaikkan nama Persatuan juga, kini inilah masa kami mengenang jasa itu," katanya yang turut memberikan sumbangan untuk meringankan beban.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... atan-jantung-segera
|
|
|
|
|
|
|
|
Nas Ahmad Rindu Nak Kerja Tapi Keadaan Kesihatan Tak Mengizinkan
"Nak berjalan 100 meter pun saya mengah… penglihatan kini semakin kabur".
Itu luahan bekas wartawan hiburan, Nas Ahmad yang popular dengan tagline 'terjah' menerusi program Galaksi terbitan TV9 suatu ketika dahulu.
Berkongsi perkembangan terkini selepas didiagnos menghidap penyakit jantung dua tahun lalu, pemilik nama Mohd Nasir Ahmad itu mengakui merindui dunia penyiaran.
Meskipun berdepan ujian getir iaitu penyakit jantung yang membataskan pergerakannya, Nas Ahmad tetap seperti dahulu senyum menerima kunjungan tetamu.
Nas berkata dia kini tidak mampu bekerja berikutan masalah kesihatan yang dialami malah bergantung sumber pendapatan anak-anaknya.
Bekas wartawan ini berkata, orang mungkin menyangka apabila dia tampil dalam program TV kehidupannya agak senang sedangkan hakikatnya berbeza.
Nas kini dibantu Pusat Zakat Selangor untuk bayaran rumah bernilai RM800.
"Saya mudah mengah kalau nak menapak jauh sangat, tak sampai 100 meter pun dah penat disebabkan satu saluran di jantung yang tersumbat.
"Kena banyak berehat, itu menyebabkan saya tak boleh bekerja seperti sedia kala. Saya rindu nak bekerja, nak keluar shooting nak bantu bela nasib industri.
"Dahulu saya keluarkan cerita mengenai artis sakit dan dapatkan sumbangan. Itu rezeki dia. Sekarang masa saya pula. Tiba-tiba zero income dan kini jadi asnaf. Jadi saya serahkan kepada rezeki," katanya dipetik daripada laman sesawang Buletin TV3.
Nas memberitahu dia kini menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan sten.
Tempoh menunggu yang agak lama menyebabkan beliau mengalami masalah kaki bengkak hingga susah solat.
Setiap minggu pula, Nas berulang alik ke Hospital Serdang dan Sungai Buloh.
"Saya tidak mempunyai insuran, tak ada pekerjaan… tak mampu untuk buat rawatan di hospital swasta. Saya sedang menunggu giliran di hospital kerajaan. tak saya sangat faham pesakit ramai, dan hospital ketika ini penuh.
Jadi bila tarikh saya akan jalani pembedahan itu, doktor sendiri belum berani nak janjikan bila… cuma bila doktor pesan kalau tak tahan terus ke kecemasan segera," tambahnya.
Keadaan kesihatan beliau turut mendapat perhatian Persatuan Karyawan Malaysia.
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, selaku wartawan Nas berjasa kerana banyak memaparkan kesusahan artis.
"Siapa sahaja tak kenal Nas Ahmad, kami sentiasa ingat bagaimana prihatinnya dia terhadap industri ini.
"Dia banyak membantu menaikkan nama Persatuan juga, kini inilah masa kami mengenang jasa itu," katanya yang turut memberikan sumbangan untuk meringankan beban.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut aq baca berita ni...dua tiga kali tengok nama ngan gambar ingatkan aq salah org...lain betul rupanya sekarg,moga allah mmpermudahkan urusan... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak uzur dah. Cepatnya masa berlalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila ada sakit terus auto nampak berumur |
|
|
|
|
|
|
|
malam tadi ada kat news
tapi suara tetap sama |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pulak patut lama tak nmpk. gitu la kita bila sakit habis segala nikmat ditarik kdg2 smpai meminta2.
semoga diberi kesembuhan dan dilapangkan rezekinya |
|
|
|
|
|
|
|
berapa umur nas ahmad ni... otai melodi dulu ni...
sayangnya takde medical card... by right gaji + bonus media prima bagi kepuk2...
harap datuk freddie dapat buat program bagi kesedaran dekat pekerja industri hiburan untuk ambil medical card... |
|
|
|
|
|
|
|
Berita ini sedikit menginsafkan.
Jadi, ingin saya ingatkan diri sendiri dan sesiapa yg membaca ni dgn bait2 lirik lagu berikut, mari kita sama2 menghayatinya
ingat lima perkara...
sebelum lima perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...
ingat lima perkara...
sebelum lima perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak lain ya muka skg ni, hampir tak kenal |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ya byk wartawan yg sakit mcm kurus kering ni?kena santet ke sebab terlalu byk bongkar kes?mazidul pun mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg uzur dah pakcik nas ni ya
ingat dulu kalau tgk zmn dia terjah2 retis
kita yg excited bkn main
|
|
|
|
|
|
|
|
ingatan utk para karyawan seni....tak kira la retis ka, director ka, reporter ka.....nkorang menabung la....simpan la kwsp walopon dgn duit sendiri...toksah la pakai kereta besar2 rumah besar2....idup simple jah....tabungan tu mesti penuh ...sbb bila dah senja, macam2 penyakit hinggap....by the way...dia tak pernah kawen...takde anak2 eh |
|
|
|
|
|
|
|
Abg rambut ketak..
Semoga Allah permudahkan stp urusan kamu... |
|
|
|
|
|
|
|
Nas ahmad lejen. Lain rupanya bila sakit, auto nampak uzur. Semoga dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk tersembur air kopi i tgk ni naz ahmad. Cpt nya usang. Retis2 xde yg terjah lawat heols ke |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 11-11-2023 07:15 AM
ingatan utk para karyawan seni....tak kira la retis ka, director ka, reporter ka.....nkorang menabun ...
Artikel tu ada mentioned bergantung sumber pendapatan anak²nya...kesiannya lama bekerja takde awareness ambil insurance..
Apapun semoga dipermudahkan urusan abang ketak... |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss tgk artikel lama2. Usia dia dah 61. Tapi sebab sakit nampak berumur & uzur. Semoga dipermudahkan urusan abg nas ahmad. Sedih tgk keadaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Waaah...Tak kenal lansung tu Nas Ahmad. Muka dah jauh beza banding 10 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
| |
|