CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2090|Reply: 6

Ibnor Riza Mohon Maaf Jika Ada Silap Sepanjang 37 Tahun Bergelar Penyanyi

[Copy link]
Post time 11-11-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Ibnor Riza memohon maaf kepada mana-mana individu sekiranya dia pernah melakukan sebarang kesilapan sepanjang pembabitannya dalam industri seni sejak 37 tahun lalu.


Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, juga meminta mereka tampil menghubunginya di media sosial sekiranya dia pernah berhutang dan melunaskannya.






"Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh masyarakat Malaysia daripada bermulanya kerjaya saya sejak 1986 sehingga kini.


"Mungkin sewaktu saya berada di puncak populariti dahulu, saya alpa, lupa diri... Jika ada yang mengusik hati kalian saya minta maaf.


"Kalau saya ada berhutang, anda boleh mesej saya di media sosial atau mungkin ada hutang yang saya lupa boleh terus ingatkan saya... Insya-Allah saya mahu melunaskan hutang tersebut," katanya kepada mStar.


Sebelum ini, doktor meramalkan penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu hanya mempunyai masa selama enam bulan untuk hidup akibat penyakit kanser limfoma dihidapinya.


Jelas Ibnor, pada mulanya dia berasa patah semangat sejurus menerima khabar itu, namun bangkit semula apabila mengingatkan tentang kekuasaan Allah SWT.


Baginya, kematian bukan ditentukan oleh manusia dan tidak mahu terus mengalah atau berputus asa untuk melawan penyakitnya itu.


"ertama sekali sewaktu mendengar apa yang doktor beritahu, saya rasa sedikit down juga. Kita sebagai manusia yang lemah pasti ada perasaan itu.


"Tetapi apabila ingat semula Allah Maha Kuasa dan itu hanya menurut kata doktor. Mereka hanya boleh maklumkan mengikut apa yang mereka belajar tapi kita kena fikir Allah yang meliputi seluruh alam.


"Kematian adalah rahsia Allah, jadi apabila difikirkan semula sebenarnya semua ini ditentukan oleh Allah... Jadi saya lebih bersemangat untuk berusaha untuk sembuh daripada penyakit ini," ujarnya.


Sementara itu, Ibnor juga memberitahu dia sedang melalui fasa untuk memperbetulkan diri serta menyiapkan persediaan mental dan fizikal untuk menerima segala takdir yang ditetapkan.


"Saya tidak pernah berfikir lagi dengan jangka hayat yang diberikan doktor, saya menerima apa sahaja yang ditentukan.


"Apa-apa pun saya kena berada dalam keadaan bersedia daripada mental dan fizikal, mana yang salah (dosa) saya mahu tinggalkan," katanya.


Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain teruk.


Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkka pada lehernya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 11-11-2023 11:26 AM

Ada baiknya jg dia dpt tau awal
Dpt buat persediaan
Semoga dipermudahkn semua urusan abg ibnor riza...semoga dikurniakn Allah kesabaran dan ketenangan dlm menghadapi penyakit...amin ya Allah

tiba tingat plak kat arwah kawan
Dia sakit kanser usus...masa dpt tau tu doc ckp hayat dia tggl 4 bln je...doc ckp dh x bole buat ape2...jd kwn iols tu redha je menunggu hari2 mendatang...sakitnya makin hari makin teruk...tp kwn iols x pnh mengeluh...x pnh keluar perkataan sakit dr mulut dia...cuma dia byk habiskn masa dgn ank2, suami dan beribadah...tp sprt yg doc jangka...dia meninggal dlm tempoh 4 bln

Lg sorg kwn iols kena barah otak...doc jangka hayat dia dlm 6 bln...arwah pn meninggal dlm jgka masa 6 bln jg...

Al fatihah utk sahabatku arwah ayu dan arwah hidayah..semoga Allah kurniakan syurga utk korg...aminnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols teringat cerita dia dah ada geffren/tunang. Bila ngetop ditinggalkan dan kahwin dengan orang lain.

Sakit ditinggalkan tu perit ye... Opismet iols sampai skrg masih sebut centa lama kahwin dengan orang lain lepas grad padahal depa kapel dari umur 16. Opismet iols nak bersara tahun depan, anak pun dah nak kawin.

Kalau dah janji nak kawin, janganlah mungkir. Gitew iols ot di benang Acik Ibnor ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya sempat minta maaf dan selesaikam hutang sblm pergi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak aku baca, aku doakan abg Ibnor dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan beliau
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2023 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sedihnya..tapi dia beruntung sebab punyai peluang mintak maaf dn selesaikn apa yg sepatutnya sbelum ajal mnjemputnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2023 05:41 AM | Show all posts
Bagi I yg ada penyakit dan tahu bila anggaran nak mati dan yg tak tahu bila nak mati, sama ja  bagusnya kalau pandai ambil peluang bersihkan diri dan buat persediaan. Jgn lalai terlebih2 seronok sangat melayan glamor lip lap dunia. Yg tahu bila,  pulun2 buat persediaan, yg tak tahu macam kita pun kena pulun juga... entah2 kita yg diambil dulu sebelum Bang Ibnor ni. Semoga Allah ringankan kesakitan Ibnor dan kurnia yg terbaik buat dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.463513 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list