View: 2372|Reply: 22
|
Ubah Suai Rumah Secara Melampau Hingga Jejaskan Jiran
[Copy link]
|
|
Nilai: Kemelut rumah yang diubahsuai secara melampau dan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Taman Surian, Mantin, di sini, masih belum selesai.
Selepas isu berkenaan dibangkitkan lebih setahun berlalu, keadaan rumah berkenaan masih terbiar dan ditinggalkan sebelum isu terbabit kembali tular, baru-baru ini.
Sebuah rumah di Taman Surian, Mantin, di sini, yang diubahsuai secara melampau dan tanpa kebenaran pihak berkuasa. FOTO Ahmad Hasbi
Jirannya Abdul Halim Hassan @ Talib, 38, berkata, dia berasa tidak tenteram setiap hari dan bimbang dengan keselamatan ahli keluarganya kerana struktur tambahan pada rumah berkenaan mulai runtuh serta reput.
Menurutnya, rumahnya turut retak dan bocor dipercayai akibat kerja ubah suai di kediaman jirannya yang sehingga kini tiada sebarang bayaran ganti rugi.
"Beberapa bahagian dinding di tingkat atas dan bawah retak dipercayai akibat kerja ubah suai rumah jiran. Malah, ada kawasan yang bocor dapat dilihat pada siling dan dinding.
"Saya pernah berbincang dengan jiran dan dia berjanji akan membayar ganti rugi selepas kediamannya siap diubah suai. Bagaimanapun, sehingga sekarang tiada bayaran dibuat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, dia difahamkan pihak mahkamah sudah mengeluarkan arahan supaya struktur tambahan itu dirobohkan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan.
"Ada beberapa struktur seperti siling mulai runtuh, malah ada bahagian yang mula reput dan lebih membimbangkan terdapat kolam renang di tingkat tiga.
"Sampai bila saya perlu hadapi situasi seperti ini. Mahu tunggu saya dan ahli keluarga mati dulu, baru nak robohkan?
"Saya sudah beberapa kali pergi ke Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk bertanya isu ini, namun jawapan diterima agak mengecewakan," katanya.
Sementara itu, Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, MBS akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu itu dalam masa terdekat.
Pada Jun 2022 lalu, media melaporkan MBS mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan itu yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pada Jun 2022 lalu, media melaporkan MBS mengeluarkan tiga notis arahan dan sitaan kepada pemilik bangunan itu yang melakukan pengubahsuaian tanpa kelulusan supaya menghentikan dan merobohkan binaan tambahan.
so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu
org tu dah naik turun keluar masuk MBS tanya kabor |
|
|
|
|
|
|
|
Itu rumah atau kuil hindu?
|
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 11-11-2023 09:36 AM
so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu
Mungkin owner rumah tu sedara mara ahli majlis kot |
|
|
|
|
|
|
|
Inilah kuasa tular yang positif. Bila tiada tindakan, eloklah ditularkan supaya pihak yang terlibat panas bontot! |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian owner rumah sebelah ....
Klu beli dgn loan, tetiap bln tetap kena byr bank....
Dia pun tak duduk situ sbb rumah dia retak.... |
|
|
|
|
|
|
|
apesal rumah tu ada aura mcm kerajaan langit |
|
|
|
|
|
|
|
Exco J Arul Kumar tu bole caya ke? Apa jaminan dia bole settle |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 11-11-2023 09:39 AM
Itu rumah atau kuil hindu?
tu la mcm kuil je...
kalau kuil sampai kiamat la kat situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau byk duit sgt beli la tanah lot buat banglo siap swimming pool tepi rumah lg best.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada la tu rasuah yg terlibat... PBT Kerajaan N9 & Selangor under PH rasuah kuat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah hindu ke tu. Giler ngeri siap buat kolam renang kat bumbung. Tambah itu ini. Tau2 tengah tidor runtuh tertimbus habis jiran meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah nampak dah 2 rumah end lot dibuat jadi kuil. Kesian jiran2 |
|
|
|
|
|
|
|
gekkou replied at 11-11-2023 09:36 AM
so dah 3 kali notice
apa next tindakan MBS?
sikit2 nak keluar statement dulu
MBS kan bodoh..yg keje situ sume stok2 sedara mara sepupu sepapat je
Kwn aku apply lesen meniaga dgn MBS, kemain byk songeh...nak kene sogok duit rasuah agaknya baru nk jalan
Staff MBS pun sama la sial |
|
|
|
|
|
|
|
Tiap2 tahun jd isu rumah ni. Penguatkuasa pon x berani dgn owner ni gamaknya. Entah bela hantu jin apa dkt rumah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak heran rumah rupa kuil, ada masjid pun rupa kuil cina, mahkamah rupa masjid. Majmuk sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kah kah...alangkan pokok pun,kalau dah kena lilit kain merah..takde la kena roboh. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah2 kemain istana aladdin swimming pool rooftop |
|
|
|
|
|
|
|
kakigebang replied at 11-11-2023 10:49 AM
tu la mcm kuil je...
kalau kuil sampai kiamat la kat situ..
Siap ada swimming pool.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu le patut ada undang2 , rumah klu nk renovate , dlm je. Jgn ubah struktur luar. Mcm rumah kt UK tu sepesen je bentuk luar. Kt dlm tu ko nk pecah ke , x nk bilik ke, buat asrama pekerja kilang ke lantak ko. |
|
|
|
|
|
|
| |
|