CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 798|Reply: 0

[Sarawak] Pengguna risau sentiasa lalui jalan berlubang

[Copy link]
Post time 11-11-2023 03:55 AM | Show all posts |Read mode


Jalan berlubang dan rosak teruk dalam perjalanan ke Long Lama.

“Semakin hari semakin teruk keadaan jalan ini dan sangat menyukarkan penduduk yang memandu kenderaan kecil.”
Pengguna jalan

Oleh WB.Ongie

MARUDI: Seorang pengguna jalan raya dari Miri ke Long Lama berasa risau apabila hendak balik ke kampung kerana sentiasa melalui jalan raya berlubang pada separuh jalan ke Long Lama.

Pengguna jalan terbabit memohon kepada pihak berkuasa agar membaiki jalan raya tersebut.

Katanya, selepas Jambatan Lapok hendak pulang ke Long Lama beliau berhadapan dengan masalah jalan berlubang pada 10 kilometer terakhir jalan Lapok ke Long Lama.

"Jalan raya yang rosak teruk sejak Mei lalu hanya sedikit sahaja dibaiki.

“Semakin hari semakin teruk keadaan jalan ini dan sangat menyukarkan penduduk yang memandu kenderaan kecil.

"Keadaan jalan raya rosak itu amat bahaya dan tidak selamat kerana apa-apa boleh berlaku seperti tayar dan bampar pecah, kemalangan dan sebagainya," katanya di sini hari ini.


Penduduk mohon pihak berwajib membaiki segera jalan yang rosak teruk di Long Lama.

Beliau berkata, penduduk kawasan terbabit tidak minta dibina Pan Borneo tetapi cukuplah sekadar tabur batu bagi membolehkan kereta kecil lalu di lubang seperti kolam.

Katanya, cuaca keringpun susah hendak mengelak lubang besar dan kalau hujan, lubang besar dan dalam tidak dapat dibezakan kerana sudah dipenuhi air.

"Harap pihak berwajib dan bertanggungjawab mengambil tindakan segera membaiki jalan yang rosak teruk itu untuk keselamatan dan keselesaan orang ramai.

"Justeru, kami berharap jalan rosak itu dapat dibaiki oleh pihak berkuasa atau wakil rakyat di kawasan tersebut," jelasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 04:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list