View: 5615|Reply: 23
|
"Akak Tengah Cuci Ayah Berak," -Scamnner Tipu Beli Barang COD Tapi Sampai Ke Sudah Tak Bayar
[Copy link]
|
|
Seorang gadis yang baru berniaga dengan menawarkan khidmat pembayaran tunai semasa serahan (COD) ditipu pelanggannya.
Gadis yang berperanan sebagai ejen jualan bagi peniaga lain ini memberitahu dia menerima tempahan berupa dua pek popia dan sebiji kek daripada seorang pembeli.
Pembeli yang merupakan seorang wanita itu juga menambah lagi pesanan berupa dua wangian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM121.
Foto: mStar
Setibanya di rumah pembeli yang beralamat di Melaka, pembeli tersebut tidak muncul malah beberapa panggilan telefon juga tidak dijawabnya.
“Dik, maafkan akak tengah cuci ayah buang besar. Ayah sakit dik, dia buang air besar dalam lampin pakai buang,” balas pembeli menerusi kiriman WhatsApp selepas itu.
Tidak terhenti di situ, pembeli berkenaan kemudian meminta untuk menukar lokasi pertemuan iaitu di sebuah stesen minyak di Klebang, Melaka, namun dia sekali lagi terpaksa menunggu lama.
“Kena 'sidai' nak dekat 40 minit. Lokasi yang dia hantar pun dia dah padam,” kata gadis itu sambil berkongsi tangkap layar mesej menerusi WhatsApp.
Gadis itu akhirnya berjaya menyerahkan pesanan kepada pembeli pada waktu petang namun sampai ke malam, pembeli tersebut didakwa belum membuat bayaran melalui pindahan (transfer) ke akaun bank peniaga.
Puas menghubungi pembeli terbabit berkali-kali, malangnya tiada satu pun yang dijawab.
Setelah puas mengelak, pembeli itu mengirimkan mesej memohon maaf atas kelewatannya membuat bayaran.
“Akak minta maaf tau sebab lewat bayar. Akak sekarang belum ada duit. Akak bayar 5 November ni, akak janji akak bayar. Akak dapat gaji 5 hari bulan, akak janji dengan nama Allah.
“Paling lewat petang dik. Akak minta ampun dan maaf sangat sebab lewat bayar dik,” demikian menurut mesej yang dikongsikan.
Sungguhpun peniaga itu cuba memahami situasi pembeli tersebut, namun hakikatnya dia juga berdepan masalah kerana barang yang diniagakan adalah milik orang lain.
Difahamkan, pembeli berkenaan masih belum melunaskan hutangnya yang tertunggak selepas lebih seminggu hingga menyebabkan penjual terpaksa menularkannya di laman sosial.
“Sesiapa yang kenal akak scammer ni tolong suruh dia hubungi saya untuk bayar hutang. Saya dah habis husnuzon dah ni.
“Kata nak bayar tapi tak bayar. Dah bagi peluang seminggu, telefon banyak kali tak dapat, WhatsApp satu tick. Telefon pakai nombor lain pun tak dapat,” katanya.
Menurut gadis itu, dia yang merupakan pelajar baru berjinak-jinak dalam perniagaan bagi mencari pendapatan sampingan namun kecewa dengan sikap pembeli tidak bertanggungjawab.
“Baru mula bisnes nak cari duit. COD pun pinjam kenderaan orang. Saya struggle cari rezeki tapi akak ni lagi buat saya susah.
“Tak tahu nak cakap apa dah. Sampai rasa lantak kau la kak, nanti kau jawab dengan Tuhan. Kepada akak yang hutang saya tu, kalau ternampak gambar akak ni minta tolong bayar.
“Saya boleh maafkan, janji akak bayar sebab ni bukan barang saya je, barang orang sekali. Saya pula yang rugi dah kena bayar dekat owner sebab sikap akak ni,” katanya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
COD = cash on delivery, maknanya dibayar semasa terima belian.
bayar tunai atau transfer jam tu jugak, bukan serah barang lepas tu expect orang tu transfer kendian.
Aku perasan ramai orang yang jenis terikut2 tapi pemalas nak ambik tahu ni pikir COD tu khidmat hantar barang je, bayaran boleh transfer dulu/kendian. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2pun hati2lah bab jual beli di zaman ramai manusia jiwa hitam busuk ni.
Tudung tak lepas dari kepala, tapi bab menipu macam tak pikir dosa pahala.
Ada kes aku terbaca kat fesbuk konon2 nak jual perabot sebab nak pindah, tapi kena bayar deposit dulu. Bila di CSI habuk perabot pun tak ada, alamat tak wujud. Mujur prospective buyer tu cerdik tak transfer bayaran dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 10-11-2023 12:21 PM
Apa2pun hati2lah bab jual beli di zaman ramai manusia jiwa hitam busuk ni.
Tudung tak lepas dari ke ...
Bab tudung tu nk buat camna. Dah diwajibkan since sekolah lagi. Tak bertudung nnt dikecam. |
|
|
|
|
|
|
|
Ambik gambar pun tgh pakai face mask. Camno |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham kenapa seller nk guna payment method cod ni...kalau aku jadi seller mmg big no la.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kejadah dah cod tapi tak collect duit? |
|
|
|
|
|
|
|
So kira macam back to back punya business la ye? Supplier jual kat adik ni. Dah bayar siap2. Pastu jual plak kat scammer ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu aku dah kabo, ramai seller sendiri tak paham COD tu apa.
Pada dia, COD tu delivery service. Bayar boleh transfer. |
|
|
|
|
|
|
|
I penah ya, customer beli borong brg i jual (ribu2 jgk la sbb dia pun peniaga) ikut agreement byr half i ambik stock. Lps stock sampai byr lagi half then i hantar brg.
Bila stock sampai n i inform dia, dia ckp dia nk pegi umrah, boleh tak hantar dulu ke kedai dia staff dia ade. Mmg tak ler. Lantak la org nk ckp i tak bertimbang rasa ke ape. Niaga ni hati kena keras. Pastu dia transfer jgk la balance lagi half tu, i pegi hantar pastu dia langsung takde da contact i. Terasa hati ke ape lantok lah. Yg penting ikut rules niaga. Lagi tak dapat full payment jgn nk gatal2 tgn nk bagi brg. |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 10-11-2023 03:23 PM
Tu aku dah kabo, ramai seller sendiri tak paham COD tu apa.
Pada dia, COD tu delivery service. Bay ...
bengap betul seller² sekarang ni.. lepas tu meroyan bila kena tipu nak transfer boleh tapi on the spot la.. takde maknanya dah sampai rumah baru nak transfer.. |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri yang bodoh..
orang meniaga awak pun nak meniaga tapi tak fahami ilmu meniaga..
buyer sidai kau tu pun dah red flag..
lagi mau tunggu siap pindah tempat segala..
COD pun tak tau amenda..
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 10-11-2023 04:02 PM
sendiri yang bodoh..
orang meniaga awak pun nak meniaga tapi tak fahami ilmu meniaga..
buyer sidai k ...
AKU hanya berharp bdk ni x berlajor 'jadi pengganas' disebabkan perangai manusia lain yg 'jahat'. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain selera ko, popia, kek... Tapi tak nak bayar. Kesian buat orang niaga gini.. |
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 10-11-2023 04:17 AM
COD = cash on delivery, maknanya dibayar semasa terima belian.
bayar tunai atau transfer jam tu jug ...
Betul, ramai main belasah sebut COD dgn bermaksud 'penghantaran barang'. Rasa bengkek dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols pernah Tanya sorang seller Ni
Boleh tak cod
Dia Kata...boleh2...tapi kena transfer dulu..
Iols cakap la..cod tu cash on delivery..maknanya Saya bayar masa awak htr barang tu..
Dia Kata ... Oooo kita tak terima cash masa cod...kena transfer pastu baru cod
Bengal Satu Kali
Haa |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa modus operandi mcm ni scammer dh lama amalkan, org melayu kita jenis xberkira kononnya nak tolerasi.. Nahh kan dah kena.. Bertabah ya dik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wirazam at 12-11-2023 11:57 PM
Semua dok bashed adik seller nih..adoiii..
Ni aku nak bashed akak buyer tu..baik akak gi makan cik bab je..dah tahu xde duit..tapi selera ko bukan main lagi..popia dua pek..kek lagi dan nak beli perfume 2 botoi lagi...mmg sial betui ko ni kak...mmg taraf penyapu burok ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
antara punca aku taknak cod dah barang, kalau nak beli, pickup kat rumah aku
kalau ko tak datang pun, aku still aman-aman je dok lepak depan tv |
|
|
|
|
|
|
| |
|