CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1884|Reply: 0

[Sabah] KPDN rampas produk tidak halal disimpan bersama produk halal dalam tempat pembekuan sama

[Copy link]
Post time 10-11-2023 03:13 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Sebahagian rampasan produk sejuk beku di dalam premis diserbu.

SANDAKAN: Tindakan sebuah premis menyimpan daging ayam, itik dan khinzir di tempat pembekuan yang sama membawa padah apabila diserbu pihak berkuasa dalam satu Operasi Bersepadu Halal di sini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, serbuan kira-kira jam 11 pagi oleh 11 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Pejabat Kesihatan Sandakan itu merampas 864 kilogram produk sejuk beku daging ayam, itik dan khinzir dianggarkan bernilai RM17,302.

Katanya operasi itu dilakukan hasil perkongsian maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Bertindak dengan maklumat, satu siri serbuan dilakukan di sebuah premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku di daerah ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis terbabit menyimpan produk halal yang bercampur dengan produk tidak halal terdiri daripada daging ayam, itik dan khinzir.

"Sebanyak 864 kilogram produk sejuk beku yang disita membabitkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM17,302," katanya dalam kenyataan media di sini.
Azdy berkata, kes disiasat mengikut Perintah 3, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan terus menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara bersepadu terhadap premis-premis pengimport dan pemborong produk sejuk beku khususnya di daerah ini.

Katanya, langkah ini bagi memastikan pematuhan peniaga mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058096 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list