"Saya bukan hanya selektif dari segi watak, saya juga selektif dengan siapa nak berlakon sebab diusia begini sebagai seorang ibu saya lebih utamakan ketenangan jiwa.
"Saya dalam industri sudah lebih 10 tahun, saya memilih sebab tak nak stress... Nak happy happy je," katanya.
Dalam pada itu, Ummi mendedahkan pernah menegur seorang artis baharu yang tidak menepati masa penggambaran hingga hingga menyusahkan pelakon lain terutama pelakom veteran.
Katanya, dia tidak dapat menahan diri daripada melenting kerana sikap pelakon baharu tersebut yang seolah-olah tidak menghormati pelakon senior lain yang penat menunggu.
"Saya rasa teruk juga saya marah. Saya seorang yang sangat senang nak bertolak ansur. Saya boleh terima kalau nak menyusahkan saya.
"Cuma kalau sampai menyusahkan pelakon senior sehingga mereka terpaksa menunggu dia... Setiap hari lambat, saya sebagai pelakon senior sikit dari dia rasa perkara itu tak boleh berterusan.
"Nak menyusahkan saya yang masih ada energi, okay lagi. Ini menyusahkan orang tua, jadi saya termarah dengan nada yang agak tinggi juga.
"Dia buat benda berterusan jadi saya mengamuk dalam bilik. Tapi, apa yang bagusnya, dia terima teguran. Tidak melawan dan meminta maaf," katanya.
Ummi turut menitipkan pesanan kepada pelakon baharu agar menjaga adab dalam pekerjaan.
"
ada saya, pelakon baru kalau tak boleh berlakon pada saya tak ada masalah. Tapi, kalau adab tak ada boleh jadi satu perkara besar.
"Kalau datang nak menyusahkan orang, that is a big no. I don't want to work with you," katanya menerusi temubual bersama Melodi.
Sumber: Xtra