View: 3346|Reply: 41
|
Influencer Malaysia Diminta Hati-Hati Kritik Arab Saudi, Takut Jejas Hubungan Diplomasi Dua Negara
[Copy link]
|
|
Seorang penulis buku, Fakhri Fadzli menggesa para influencer tempatan agar memperlahankan kritikan yang dibuat mereka terhadap Arab Saudi.
Katanya kritikan yang dibuat dikhuatiri menjadi isu besar sehingga menjejaskan hubungan diplomasi antara dua negara.
"Influencers di X ini kena belajar tarik handbrake sedikit dalam kritik Saudi. Macam akan jadi semakin besar. Risau nanti jadi isu diplomasi pula antara dua negara ataupun melekat stigma buruk terhadap negara masing-masing.
"Sebagaimana negara mereka tidak sempurna, kita pun tidak sempurna. Banyak aib kita mereka akan jumpa jika mereka gali," tulisnya di laman X.
Gambar Hiasan
Tambahnya perbalahan antara umat Islam pastinya menjadi satu kemenangan buat Israel, sedangkan isu sebenar adalah kekejaman zionis ke atas Palestin.
"Antara perkara yang zionis suka jika berlaku adalah umat Islam berpecah belah pada waktu yang kita sepatutnya bersatu. Fokus kepada isu sebenar iaitu Palestin. Berpada-pada dalam mengkritik. Berlaku adil dan objektif. Hati-hati dalam berkata-kata.
"Ini nasihat kepada diri saya juga yang emosi sentiasa mengatasi rasional. Saya banyak juga buat kritikan kepada negara-negara Arab ini. Tapi saya simpan dulu kerana sekarang bukan waktunya.
"Oh ya. Monetization daripada hasil melaga-lagakan manusia adalah antara rezeki yang tidak berkat," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Fakhri turut mengulas isu penganjuran festival muzik di Riyadh yang kecoh diperkatakan sehingga mendapat kritikan ramai di media sosial.
"Apa yang berlaku di Riyadh Festival itu ialah kemungkaran yang tidak ada orang beriman pun yang rasa reda dengannya. Saya yakin orang-orang soleh dan beriman di Arab Saudi juga tidak reda dengan kemungkaran di negara mereka.
"Apatah lagi menjadi tempat terletaknya Tanah Suci. Namun itulah ujian untuk mereka. Kita juga diuji dengan perkara yang sama di bumi Malaysia ini. Namun kebaikan sentiasa ada dan Insya-Allah akan mengalahkan segala keburukan suatu hari nanti," tulisnya lagi.
Sebelum ini, ramai netizen termasuk pempengaruh dilihat mengkritik Arab Saudi yang dikatakan masih membisu terhadap isu penindasan rakyat Palestin, malah didakwa tergamak menganjurkan program hiburan ketika umat Islam sedang berduka dengan serangan kejam di Gaza.
Sebelum ini kecoh bila seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi ditahan oleh pihak berkuasa negara itu kerana kelantangannya membuat kritikan secara terbuka.
Dalam satu ciapan, pemuda itu menyifatkan Arab Saudi seperti dunia akhir zaman yang mana gejala pelacuran dan penjualan arak turut berlaku dalam pasaran gelap berdasarkan kepada pemerhatiannya sejak bekerja di negara berkenaan.
Dia juga mendakwa kebanyakan ustaz di negara itu merupakan golongan Madkhalis iaitu taat kepada pemerintah tanpa mengira ia adil atau zalim, baik atau buruk.
Berita penahanan pemuda itu dikongsi personaliti dakwah Ustaz Ad-Dien menerusi laman X pada Isnin. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Penjaga kota suci mekah pun sama naik sesatnya. Mufti tegur leklok si mbs tu, tak pepasal kena. |
|
|
|
|
|
|
|
Tampaknya ini hanyalah sebuah peringatan ...Berhati-hatilah membuat kritik kerana air X akan pernah secara alami mengalir ke tempat yang lebih tinggi ..... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
knp melayu perlu tunduk dgn bangsa arab? jgn jadi bacul |
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah perilaku, sikap dan cara/pola hidup orang melayu Malaysia saat kini lebih arab daripada orang arab sendiri ?
|
|
|
|
|
|
|
|
jilat la pak arab sana tu lebih2... ko ingat leh dapat jam rolex ke nonok?? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn tersilap analisis, bukan perilaku budaya arab, tetapi bangsa Melayu mengikut saranan agama Islam...perlu bezakan antara budaya dan agama...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ulamak2 di sana pun dipenjarakan jika kritik kerajaan |
|
|
|
|
|
|
|
Wenpa replied at 8-11-2023 10:20 AM
Ulamak2 di sana pun dipenjarakan jika kritik kerajaan
Ohh patutlah aku heran..takkan dalam ramai2 imam masjid mekoh dan ulamak2 sana takda yang menasihati raja mereka. Imam2 ni berdoa tadah tangan bersungguh2 menitis air mata..tapi takda tindakan..rupanya semua diikat tangan mulut eh..anak raja Salman tu sangat2 cintakan dunia. Sombong. |
|
|
|
|
|
|
|
anak raja selman tu boikot mcd tak? |
|
|
|
|
|
|
|
raja salman sudah di mabukkan oleh jewish pussy |
|
|
|
|
|
|
|
2 kota suci mekah & madinah patut diletakkan bawah kawal selia umat islam seluruh dunia. Bkn under Arab Saudi je. Arab saudi mcm dh x layak utk jaga 2 kota suci tu |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut Rassul ...Yang patut ambik alih sepatutnya adalah Umat Bani Tamim.... dan yang megejutkan ternyata Bani Tamim itu adalah bangsa melayu mahawangsa Malaysia .... Tetapi sayangnya PMX Anwar Ibrahim X berani declare dirinya hingga kini sebagai Imam Mahdi ...Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak boikot haji ngn umrah skali..apa kata semua negara Islam pakat hold tk pi haji umrah..selagi xde tindakan apa2 ke atas MBS |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 teringat saiful nang dulu pernah wat post kat fb pasal sisi hitam kota mekah tu
Tp teruk laaa dia kena kecamm ngn netizen masa tu..
Laa ni netizen malaysia sampai nak boikot ibadah haji dan umrah plak |
|
|
|
|
|
|
|
Penjaga dua kota suci nanti akan bertukar..teruskan menentang kemungkaran sampai masa kelak pasti berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Moga umat Islam bersatu menentang kekejaman rejim zionis Israel dan bukan dok tuding jari sesama sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
semua tak boleh cakap dah..bagi je vaksin bisu haaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kritikan tu betul knp perlu tarik hand brake plk? Setiap org beriman kena la ingat mengingati.....selepas zaman nabi brp ramai pemimpin Arab yg kejam, tidak adil, x ikut syariat sampai hukum bunuh ulamak pun ada, x semestinya setiap org Arab akan auto beriman & ikut ajaran Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 8-11-2023 10:36 AM
Ohh patutlah aku heran..takkan dalam ramai2 imam masjid mekoh dan ulamak2 sana takda yang menasiha ...
Haah,Imam Sheikh Saleh al Talib bekas imam besar masjidilharaam.menegur kerajaan psl konsert2..jatuh hukum penjara 10 tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
|