CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2253|Reply: 0

Israel Tak Hirau Amaran Dunia, Terus Sasar Kem Pelarian

[Copy link]
Post time 7-11-2023 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Gaza: Walaupun tentera Israel sudah diberikan amaran namun mereka tidak menghiraukannya dan terus melakukan kekejaman di Gaza dengan menyasarkan kem pelarian yang diketahui menempatkan ratusan orang awam.




Gaza turut mengalami gangguan komunikasi ketiga sejak permulaan perang, dengan syarikat telekomunikasi Palestin, Paltel mengesahkan Israel bertindak memutuskan semua perkhidmatan internet dan telefon.






Tindakan itu merumitkan usaha media untuk berkongsi peristiwa di lapangan dan menyukarkan penduduk mendapatkan bantuan ketika rejim Zionis memperhebat serangan di utara dan selatan Gaza.



“Kami kehilangan komunikasi dengan sebahagian besar ahli pasukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA),” kata jurucakap UNRWA, Juliette Touma.





Awal pagi semalam, pesawat pejuang Israel menyerang dua kem pelarian di tengah Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan puluhan yang lain.





Israel dengan angkuh berkata akan meneruskan serangannya untuk menumpaskan Hamas di wilayah itu, walaupun Amerika Syarikat (AS) menggesa ‘jeda kemanusiaan’ bagi melindungi dan menghantar bantuan kepada orang awam.





Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 9,700 rakyat Palestin terbunuh di wilayah itu dalam tempoh sebulan peperangan, dengan jumlah itu dikhuatiri meningkat apabila tentera Israel mara ke kawasan kejiranan bandar yang padat.





Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan udara turut melanda kem pelarian Maghazi semalaman, membunuh sekurang-kurangnya 40 orang dan mencederakan 34 yang lain.





Seorang wartawan di hospital berdekatan melihat lapan kanak-kanak maut, termasuk seorang bayi selepas serangan itu.





Arafat Abu Mashaia yang tinggal di kem itu berkata, serangan udara Israel memusnahkan beberapa rumah bertingkat yang menempatkan ramai pelarian dari utara Gaza.





“Ia adalah pembunuhan beramai-ramai yang sebenar. Semua di sini adalah orang awam. Saya cabar sesiapa sahaja yang mengatakan ada pejuang Hamas di sini,” katanya.





Satu lagi serangan udara melanda sebuah rumah berhampiran sekolah di kem pelarian Bureji di tengah Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang.





Kem itu adalah tempat perlindungan sementara yang menempatkan lebih 46,000 orang awam dan sudah dua kali berdepan serangan serupa.





Israel meneruskan pengeboman dengan sewenang-wenangnya di seluruh Gaza atas alasan menyasarkan Hamas tetapi menuduh kumpulan pejuang yang menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.





Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dilaporkan bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Tebing Barat sehari selepas perbincangan dengan menteri luar Arab di Jordan.



Abbas berkata, Pihak Berkuasa Palestin hanya akan mengambil alih kawalan ke atas Gaza sebagai sebahagian daripada penyelesaian politik yang menyeluruh dan menubuhkan sebuah negara merdeka yang juga akan melibatkan Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur, tanah yang dirampas Israel dalam perang 1967.





Kenyataannya seolah-olah menyempitkan lagi pilihan yang sudah tipis tentang siapa yang akan mentadbir Gaza jika Israel menjatuhkan Hamas.-AP





Sumber: Utusan







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043884 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list