CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8114|Reply: 87

Rakan Artis Hina Tom Hodoh Dan Tak Cantik, Bila Tanya Depan-Depan Tak Mengaku Pula

[Copy link]
Post time 6-11-2023 02:24 PM | Show all posts |Read mode
Tom dihina rakan artis yang menganggap dirinya hodoh dan tidak cantik.


Katanya dia baru mendapat tahu ada rakan artis mengutuk dan menghina penampilannya.


Foto: IG




Namun Tom sudah bersemuka dengan artis tersebut namun individu terbabit tidak mengakui tindakan berkenaan.


"Saya tahu daripada kawan-kawan artis sendiri. Tak perlu saya nak sebut siapa orangnya kerana perkara ini sudah pun selesai dan dia sudah minta maaf.


"Tapi dia tidak mengaku. Tak mengapalah saya pun dah padam hantaran itu, biasalah semasa tu emosikan.




  



"Saya pun tidak mahu besarkan isu ini. Masing-masing punya pendapat kan... dah hodoh kan nak buat macam mana," katanya kepada mStar.


Tom juga sedih dan menyifatkan perihal kecantikan merupakan isu sensitif bagi setiap wanita.


"Sebenarnya saya sedih tetapi tak mengapalah nak buat macam mana kecantikan ini semuanya pinjaman Tuhan.




  



"Saya ada bersemuka dengannya bertanya betul ke ada mengata tentang saya tapi dia tidak mengaku.


"Akhirnya dia meminta maaf dan memberitahu dia tidak berkata yang bukan-bukan tentang saya dan mengakui sayang saya sebagai seorang rakan.


"Saya sudah banyak kali menerima kecaman fasal hodoh ini. Tapi kalau tentang isu kecantikan ini sensitif sikit untuk orang wanita," ujarnya.




  



Sementara itu, suami Tom, Fuad Rahman atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, pula mengakui kesal dengan kecaman yang diberikan terhadap isterinya itu.


Kata Fuad, dia sentiasa menasihati Tom untuk terus berfikiran positif dan tidak mahu ambil pusing dengan kritikan yang dilemparkan di media sosial.


"Bila saya lihat netizen komen kepada isteri seperti itu, saya sebagai suami berasa geram kerana kita lelaki kan.


  



"Kadang-kadang saya fikir balik kalau tiada netizen, kita sebagai artis pun tak kemana-mana.


"Jadi saya hanya fikir positif dan saya selalu nasihatkan Tom untuk bersabar dan jangan fikir yang bukan-bukan lagi-lagi tengah mengandung sekarang," katanya.




  



Sebelum ini, Tom memuat naik sebuah hantaran meluahkan rasa sedih apabila menerima kritikan netizen yang menyifatkan dirinya tidak memiliki paras rupa yang cantik.


Penyanyi itu bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut kerana menganggap dirinya hanya bertindak kerana emosi memandangkan sedang hamil lima bulan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 ajelah tom2bak..tu belum lagi kau joint masuk baca forum ni haa, silap gaya mau meroyan terus
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai kecian tom tom
org tu tgh mengandung kang terberanak pulak tom tom ni kang
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:05 PM | Show all posts
So, weols semua ni rakan artis sheols ke? rasanya weols semua je yang hencap tomtombak pipi berlobang kat sini secara berjemaah..... ada rakan retis ke kat dalam ni???? ahahahahahhahahaha

by the way.... sama ye. sekian.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko mmg buruk pun..... Buruk perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:02 PM | Show all posts
alahai.. buat bodoe aje udah...
lagi 1 mcm la kau tu level2 artis hebat org nak ngata2 ke kau tom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu bukan hinaan tapi kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Realiti bukan fantasi. Gigih betui bg justifikasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 04:17 PM | Show all posts
yang dok mengutuk tu lawa sangat ke ?  kalaupun skrg ni lawa anytime boleh ditarik balik... kot accident ke apa ke yg cacat muka... set2 ni la nanti yg cacat muka tak pikir lain dah asyik nak bunuh diri sbb agung2kan sangat kecantikan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:19 PM | Show all posts
nak kecik ati apa tom yum mmg betul pun . i oll jumpa u oll laki bini kek penchala nun kemain kepam sekepamnya tu pun kawan i oll yg ckp u oll retis baru perasan eh betul lahh korang dua. series bedaki mcm xmandi pun ye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut rupa asal ko ni x hodoh pon tom.kalau ko hodoh xdenye bunian nk colik kau dlu.

Tp kau punye appearance tu busuk.sampai dlm fon ni terbau2 busuk itu.dgn tatu melata,dgn rambut bercolor2..wangikan la sikit diri tu..laki ko tu kemaskan sikit jgn mcm kelindan sgt.awak dua tu penghibur tau.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
maigaad siapa yang perasan santek sangat tu hahahhahhahaha kezzah pulak tom ni. takpa nak bodyshame tunggu lepas beranak tibahhh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plk.
Tp kwn pon jujur sgt.
Tom pon nk delulu plk. Terima la kenyataan
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahah minggu lepas kot aku terbaca dia meroyan kat FB dia .. kwn dia sendiri ckp mcm tu tergelak aku .
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kuzaime replied at 6-11-2023 02:58 PM
Apa2 ajelah tom2bak..tu belum lagi kau joint masuk baca forum ni haa, silap gaya mau meroyan terus{: ...

Aku rasa ada je penyampai dkt Tom dari dlm forum ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
twins replied at 6-11-2023 04:17 PM
yang dok mengutuk tu lawa sangat ke ?  kalaupun skrg ni lawa anytime boleh ditarik balik... kot acci ...

Mybe lawa dari Tom haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebenaran yitu pahit sizzz tom2bak.. Meh la masuk porem bukan retak hati ni. Mau lebur jiwa ko
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
aemon replied at 6-11-2023 04:39 PM
Kalau ikut rupa asal ko ni x hodoh pon tom.kalau ko hodoh xdenye bunian nk colik kau dlu.

Tp kau pu ...

Tp bonian pulang balik ta snggp
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik tu subjektif tapi kalau perangai tak cantik dengan muka2 sekali jadi x cantik
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 6-11-2023 06:49 PM
Tp bonian pulang balik ta snggp

kejam nya stetmen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049926 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list