CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3462|Reply: 9

Teragak-Agak Beri Maksud Peribahasa Melayu, Netizen Cadang Peserta Herodewi Remaja Masuk PLKN

[Copy link]
Post time 4-11-2023 06:21 PM | Show all posts |Read mode
Belum pun bermula pertandingan, peserta HeroDewi Remaja 2023 mula dikecam netizen di media sosial susulan kelihatan tergagap-gagap ketika diminta menyebut peribahasa Melayu dalam satu temu bual.


Ada yang marah manakala tidak kurang bersimpati dengan peserta berkenaan kerana tidak mengetahui peribahasa yang dianggap sebagai asas pengetahuan sebagai rakyat Malaysia.


Dalam video berkenaan, terdapat berberapa finalis Dewi Remaja yang kelihatan teragak-agak berkongsi peribahasa kegemaran mereka.


Antara peserta HeroDewi Remaja yang dikecam netizen.





Malah ada di antara mereka tidak menghafal dan menggunakan perkataan tepat untuk peribahasa yang diberikan.


Susulan itu, ramai mempersoalkan tindakan produksi memilih mereka menyertai program berkenaan selain bertanya tentang kriteria sebenar yang dicari dalam diri seorang peserta.


"Mereka ini semua dapat masuk Dewi Remaja berdasarkan apa sebenarnya? Semasa SPM, semua dapat G (gagal) ke?


"Kenapa semua bercakap macam tiada ilmu?," luah netizen.


Menerusi hantaran di TikTok, netizen turut mempertikaikan cara peserta Hero Remaja menghuraikan peribahasa popular iaitu 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga' yang lari daripada maksud sebenar.


Netizen bertambah geram apabila salah seorang peserta memberitahu maksud peribahasa itu adalah jika seseorang itu ingin mendapatkan sesuatu yang diingini, mereka tidak boleh menggunakan jalan mudah atau menipu.






Jawapan diberikan membuatkan netizen meminta peserta ini dimasukkan ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) terlebih dahulu.


"Dia minta masuk kelas HeroDewi Remaja pemulihan! Tolong masukkan dia dalam senarai PLKN.


"Sepandai-pandai kau cuba goreng akhirnya kantoi tidak berapa bijak jua," ujarnya.


Untuk rekod, HeroDewi Remaja musim kali ini bakal memperlihatkan seramai 16 orang peserta berentap merebut gelaran juara.


Selebriti popular dan juga juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir terlibat menerusi edisi Hero Remaja 2021.


HeroDewi Remaja 2023 bakal bersiaran setiap Jumaat di saluran Astro Ria pukul 10 malam.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..ke mrk panik?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn cakap berapa SPM dorg dapat.. aku jumpa yg ada diploma, degree pon mostly tak tahu. Yang dorg tahu sapa instafamous apa semua tu. Apa make up paling best.. game apa latest… itu lg dorg amik tahu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedara kak Km tu igtkan bijak... rupanya level2 bdk tak abes skolah je. Ade la nmpak yg bijak gak dlm tu tapi blh dikire.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila masa pulak plkn buat kelas bahasa melayu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
So,mawar rashid blh stop depresi..Bdk ni lagi teruk dr u...Pepatah melayu pun xreti. Atleast u dulu susahla jugak psl gst.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2023 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis: Bila masa pulak plkn buat kela ...
x ada pon bahasa melayu dalam plkn. But my nephew pon .. i tanya peribahasa melayu apa maksud this and that.. dia x faham. Itu budak bijak tau. Scorer. Ai rasa something wrong somewhere in our education
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 01:22 AM | Show all posts
iols pulak rase malu bila tengok ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 4-11-2023 08:15 PM
Bila masa pulak plkn buat kelas bahasa melayu?

Mmg x da secara formal deknon tp dlm modul diorg ada pembelajaran jatidiri trmasuklh pwribhsa dll. Based on kwn akaq dulu dia jurulatih plkn.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ferr_Remy: Anak sedara kak Km tu igtkan b ...


mcm ummah lemari?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.262377 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list