Sementara itu, Ella turut menyarankan rakan-rakan terutamanya yang terlibat dalam industri muzik untuk membuat pemeriksaan kesihatan deria pendengaran.
"Saya mengalami masalah pendengaran disebabkan muzik, jadi saya pakai alat ini untuk melindungi daripada ia bertambah teruk.
"Jadi saya sarankan rakan-rakan dalam industri muzik malah orang ramai untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat," katanya
Untuk rekod, GHCC, Ella bersama Kementerian Pendidikan Malaysia bergabung menganjurkan program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta pertuturan untuk pelbagai peringkat usia.
Tujuan utama program itu diadakan untuk menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan penjagaan deria pendengaran.
Selain itu, ia bagi memupuk sikap ambil peduli tentang tahap pendengaran mereka dengan lebih awal menerusi saringan awal.
Sumber: mStar