CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3664|Reply: 26

[Politik] Mahu heret Netanyahu ke Makahmah Jenayah Antarabangsa, PAS sembang kari

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 1-11-2023 10:14 PM



‘Himpunan 10K Solidariti Palestin’, Sabtu lalu wajar dianggap berjaya.


Tidak pasti sama ada 10,000 orang hadir sesuai nama himpunan tetapi yang pasti ribuan peserta turun ke jalan raya dan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bantahan terhadap keganasan Israel di Gaza.


Negara kita tiada hubungan diplomatik dengan Israel, oleh itu mereka tentulah tidak ada kedutaan disini. Lantas amat tepat bantahan dihalakan ke arah Kedutaan AS. Lagi pun Washington bukan sahaja menyokong bahkan mempertahankan keganasan Tel Aviv. Saya guna istilah “Tel Aviv” walaupun Israel mahu Jerusalem diiktiraf sebagai ibu negaranya.


Dikatakan ada beberapa pihak terbabit dalam penganjuran himpunan berkenaan. Saya tidak tahu tetapi berdasarkan laporan media ia dikatakan dianjur PAS. Atau parti itu penganjur utama. Maka tahniah buat PAS yang presidennya Hadi Awang turut turun protes .


Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dari PAS bercakap pada sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat dengan garang mahu kerajaan ambil tindakan ke atas kekejaman Israel termasuk mendesak agar Benjamin Netanyahu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.


Menteri Luar Zambry Abdul Kadir menegaskan Netanyahu memang boleh dirujuk kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau International Criminal Court (ICC). Tetapi Malaysia tidak boleh membawa kes itu kerana bukan sebahagian Statut Rom, setelah menarik keanggotaan pada 2019.


Menulis artikel yang disiar The Edge 27 Okt lalu, peguam dan bekas Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin daripada Amanah mengimbas kembali kenyataan PAS pada April 2019 yang mengalu-alukan penarikan diri Malaysia daripada “Rome Statute of the International Criminal Court Court.”


Beliau mengingatkan kita ketika itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata langah itu (tarik diri) adalah baik yang akan memanfaatkan Islam dan PAS memang berpegang kepada prinsip menyokong langkah baik untuk Islam.


Pada pandangan saya, berasaskan kenyataan itu PAS melihat Statut Rom tidak baik untuk Islam dan langkah Malaysia tidak menjadi sebahagian Statut Rom adalah sesuatu yang baik untuk islam dan PAS menyokong “apa sahaja yang baik untuk Islam.”


PAS menerusi Fadhli bertanya mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan lebih tegas berhubung konflik Palestin seperti mendesak Netanyahu dihadapkan ke ICC.


Ringkasnya menurut Hanipa, PAS yang sebelum ini menentang Statut Rom “tiba tiba sekarang mahu Malaysia membawa Netanyahu ke ICC”.


Satu “inference” yang munasabah kata beliau ialah PAS sekarang mahu kerajaan menandatangani dan menerima atau “accede” Statut Rom kerana ICC dan Statut Rom adalah berkait rapat.


Pada 26 Disember 2018 Mahathir selaku perdana menteri mengutus warkah kepada pemangku Yang di Pertuan Agong untuk sembah maklum keputusan Kabinet. Pada 15 Februari tahun berikutnya menteri luar mengadap Yang di Pertuan Agong dan menyembah maklum keputusan berkenaan. Dan pada 4 Mac 2019 Malaysia menandatangani Rome Statute of the International Criminal Court.


Namun pelbagai tuduhan timbul. Pembangkang termasuk PAS mendakwa langkah itu bertentangan perlembagaan dan melanggar hak Raja-Raja dan juga mencemar Islam. Demonstrasi besar besaran diadakan .


Pada 5 April 2019 Mahathir mengumumkan Malaysia menarik diri. Kata beliau ini berikutan kekeliruan yang ditimbulkan selain pihak tertentu mempolitikkan isu itu serta melancarkan kempen memburukkan kerajaan.


Seperti disebut tadi kronologi atau sejarah penyertaan Malaysia ke Statut Rom memang lama. Sejak negara diperintah Barisan Nasional (BN) sudah ada ura ura menyertai Statut Rom.


Berpandukan bidang kuasanya jelas Netanyahu boleh dihadapkan ke ICC. Kata Hanipa, PAS mungkin ‘terlepas pandang’ bahawa Palestin memeterai Statut Rom pada 1 Apr 2015.


Ya mungkin terlepas pandang jika tidak masakan PAS membantah apabila Malaysia menyertai statut berkenaan dan dihebahkan Statut Rom tidak baik untuk Islam?


https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2023/10/30/oops-pas-tersalah-langkah-ke/
Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 29 Users voted

Count down: 9 Days13 Hours55 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kejayaan nya? Cer cerita sikit?
Kejayaan tukar gambar profile bendera Palestin dlm FB kew?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon PAS desak dewan rakyat wat usul mengecam israel
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua salah Hamas!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-11-2023 09:14 AM
Ini semua salah Hamas!

Rindu zaman2 ini semua salah Najib!
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-11-2023 09:15 AM
Rindu zaman2 ini semua salah Najib!

Najib turun, harga barang turun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2023 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 1-11-2023 09:18 AM
Najib turun, harga barang turun!

Yes!!! Bila najib nk turun? Masih mahal lg ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingt us nak layan? Da us x layan apa pun x blh jd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 09:42 AM | Show all posts
lebih baik PAS lancarkan Buy Muslim First secara besar-besaran di Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:43 AM | Show all posts
Ringkasnya menurut Hanipa, PAS yang sebelum ini menentang Statut Rom “tiba tiba sekarang mahu Malaysia membawa Netanyahu ke ICC”

Apasal kecoh sangat lobai ni. Terpaling human right tapi perjanjian dunia semua takut nak sain. Kat rumah sendiri dah tak ada masalah gamaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:44 AM | Show all posts
Inilah susah kalau asyik membangkang je..sekarang ni ko lilit je mafla buat ketayap, sesambil bawak sepanduk berarak. Next?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Jika ikut narrative perang sendiri banyak country leaders sudah ke ICC... Sedang kan function UN pun ramai tidak faham... Seperti ramai bangga UNGA tempat lepas geram sebenar nya itu bukan tempat untuk buat resolution...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
takot sgt kan LGBTQ dapat hak.... kecoh pasal isu toilet mak nyah bagai…nah skg hak palestin korang indrectly telah sekat dan dustakan!

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sifir dia senang saja. PAS bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 10:32 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 1-11-2023 09:55 AM
Jika ikut narrative perang sendiri banyak country leaders sudah ke ICC... Sedang kan function UN pun ...

UN sendiri kasi Israel 1948..ko lupa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 10:36 PM | Show all posts
Memang bebal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 11:06 PM | Show all posts
Lobai2 Malang ni kalu tak bodoh tak sah.. ni laa hasil bertahun2 balut kepala sampai kurang oxygen.. dari dok sibuk heret ke hulu ke hilir.. baik hantaq pemuda2 Isle lobai berjuang demi Palestin demi mengejar syahid ka apa kaa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa injek vaksin yg tak laku itew sebelum berdemo

Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:00 AM | Show all posts
Palestin nk tolong....masaalah air buat2 buta mintak berbilion
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:10 AM | Show all posts
baik PAS bayaq hutang RM600k kepada pencetak harakah....berjuang utk palestin tapi lupa ada yg hilang kerja dan syarikat bangkrap kerapa hutang diabaikan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055481 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list