View: 7896|Reply: 114
|
[Tempatan]
Ada H ada gaya:Pemilik Honda City ini mengeluh harga servis Honda City mahal RM420 untuk servis 20,000km
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 31-10-2023 09:32 PM
https://www.facebook.com/groups/413517642867989/permalink/1324258008460610/?mibextid=Nif5oz
Sebut mengenai jenama Honda pasti ramai yang mengenalinya. Berjaya menjadi jenama negara luar pilihan rakyat Malaysia dalam tempoh yang panjang jelas membuktikannya.
Selain itu, wujud pula sentimen yang mengatakan seseorang yang memakai Honda merupakan seorang yang mempunyai kewangan yang baik dan stabil.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular di Facebook Group Honda City 2020 Malaysia apabila seorang pengguna Honda City tampil mengadu harga servis Honda City yang dikatakan ‘keras’ atau mahal.
Menurutnya, beliau telah dicas sebanyak RM420 untuk servis 20,000km Honda City miliknya. Hal ini membuatkan beliau memohon pendapat menerusi orang ramai dalam Facebook Group untuk cadangan mengurangkan kos harga servis.
Perkongsian yang dibuat nyata mendapat sambutan hangat daripada netizen yang terkejut dengan persoalan lelaki ini. Selain itu, Facebook Group yang boleh diakses oleh orang ramai tanpa menyertai Facebook Group ini membuatkan perkongsian lelaki ini semakin rancak.
Menurut para segelintir pada netizen, harga yang dikenakan adalah berpatutan dengan kereta jenama dari Jepun itu. Tidak kurang juga yang memaklumkan lelaki ini perlu mendapatkan jenama kereta tempatan sekiranya tidak mampu membayar harga servis yang dikatakan mahal itu.
Sementara itu, rata-rata netizen tampil berkongsi agar orang ramai lebih cakna mengenai kewangan serta membuat kira-kira terlebih dahulu sebelum memiliki sesebuah kereta.
Memecahkan anggaran pemilikan kereta tahunan kepada bulanan antara yang boleh dilakukan dalam mengetahui seseorang itu mampu atau sebaliknya memiliki sesebuah kereta.
Difahamkan harga servis sesebuah kereta akan lebih mahal khususnya apabila melibatkan mileage atau jarak tempuh yang lebih tinggi.
Situasi yang berlaku sekaligus menjadi pengajaran kepada lelaki serta orang ramai agar ‘mengukur baju di badan sendiri’ khususnya dalam mendapatkan sesebuah kereta yang memerlukan komitmen yang panjang.
SUMBER
Facebook
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
RM420 dah mengeluh ke? Memalukan bangsa H aje.. |
|
|
|
|
|
|
|
Len kali cuba rajin sikit cari duit cam lelaki ini |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-10-2023 09:42 PM
RM420 tu boleh beli satu ekor ayam tau tak?!: ...
Ayam apa tu kaka kaki? Mahal bebenau |
|
|
|
|
|
|
|
Dari tahun 2020 baru jalan 20k?
Servis dekat mana ni?
Btw RM400 tu bukan keras dik cuma ko yg tak mampu. Naik motor ja lah, boleh juga mengurangkan kesesakan jalanraya. |
|
|
|
|
|
|
|
Item yg mahal dlm resit kau adalah minyak enjin dgn labor charges (1.8 hours????). Duduk lak kat sabah. Kau tak payah la pakai keta H dek kau tukar myvi..eh myvi pun service dah 200+ baru2 ni 90k punya servis pun dah dekat 400. Eh kau tukar balik pakai motor ke beskal tak de service mahal sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 31-10-2023 09:59 PM
Itu baru service 20k. Tunggu lah bila service 60k, 80k, 2-3x ganda dari tu. Sebab tu lah kalau baru kerja, kewangan belum stabil, pakai je lah local cars kalau tak nak pakai motor. Pakai kereta ni bukan asal lepas bayar loan installment je, insurance dan maintenance pun nak kena ambik kira jugak. Setahun 2x service. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini receipt dari honda service centre ker
Takkan cikai cenggituh |
|
|
|
|
|
|
|
RM420 itu murah kan untuk level owner Honda |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada baca
Ad aorang Komen...
Jual jela.honda ..pakai perodua
Tapi mamat Ni ada bezza juga..
So Baik pakai bezza je kan
Nak jugek Jadi budak H |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Halloween sis,
|
|
|
|
|
|
|
|
420 je? Murahnya. Saya betul2 maksudkan. Bukan menganjing. Saya fikir kalau honda, servis 800 ke atas. Saya pakai proton n perodua. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 31-10-2023 10:55 PM
Salam Halloween sis,
31 OCT (Octal) = 25 DEC (Decimal) tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 31-10-2023 09:47 PM
Ayam apa tu kaka kaki? Mahal bebenau
Orang Melayu kita ni dah terbiasa sangat dengan harga ayam bersabsidi.
Tengok macam KFC tu, 2 ketul ayam goreng RM17, baharulah boleh menampung Akta Gaji Minimum RM1,500 untuk bayar gaji tukang masak dan cashier |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-10-2023 09:42 PM
RM420 tu boleh beli satu ekor ayam tau tak?!: ...
'SEORANG'...AYAM la kakak... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 31-10-2023 11:05 PM
Orang Melayu kita ni dah terbiasa sangat dengan harga ayam bersabsidi.
Tengok macam KFC tu, 2 ke ...
Mietnam ayam tada sabsidi la kakak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke kalu servis kete import mmg mahal2 belaka |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak servis murah, lebih baik buat sendiri. Tukar minyak enjin bukannya susah mana pun.
Engine oil treatment tu tak perlu guna pun. |
|
|
|
|
|
|
| |
|