CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4913|Reply: 12

Dah Banyak Kali 5 Sekawan Buat Live Sindir Siti Nordiana- Pengurus

[Copy link]
Post time 30-10-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Pengurus Siti Nordiana mendakwa lima defendan berkali-kali melakukan siaran langsung bertujuan untuk memburukkan nama dan imej penyanyi itu.


Namun sebelum ini mereka menyindir Siti Nordiana tanpa menyebut nama.





Foto: mStar





"Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima.


"Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana (Siti Nordiana) tanpa sebut nama,” katanya.


Anas berkata perkara itu ketika perbicaraan kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan di hadapan Hakim, Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.


Ketika ditanya oleh peguam defendan keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada sebarang tindakan diambil ketika itu, Anas berkata ini kerana mereka tidak menyebut nama Siti Nordiana.


"Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” ujarnya.


Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.


Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.


Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.


Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.


Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.


Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
menyampah aku dgn 5 ekor tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan 5 sekawan ini semua MISKIN. Lan tu siap buat cover lagu orang sabah demi mendapat tempat di hati rakyat belah sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 06:54 PM
Dan 5 sekawan ini semua MISKIN. Lan tu siap buat cover lagu orang sabah demi mendapat tempat di hati ...

Tp umah dia besar
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau x puas hati face to face lah..heart to heart. Baru lah betul2 kawan.. bukan mcm ni..kwn setan nama nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tak layak dipanggil kawan..all the best nana..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Go nana go moga beroleh kemenangan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 30-10-2023 06:54 PM
Dan 5 sekawan ini semua MISKIN. Lan tu siap buat cover lagu orang sabah demi mendapat tempat di hati ...

Promo jah tu. Dia bukak kedai jual barang runcit dari sabah kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 30-10-2023 11:27 AM
Promo jah tu. Dia bukak kedai jual barang runcit dari sabah kan..

Haah promo, sambil2 cari samandak sabah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya pegawai perhubungan awam tu dah kene buang la, takkan buat perangai macam tu syarikat masih nak upah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 11:38 AM | Show all posts
sorry team. aku agak ketinggalan zaman.
macam mana boleh start conflict ni? sapa start dulu? apsal si 5 org tu buat onar?
ada sapa-sapa boleh citer kasi timeline skali?
thanks ye
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 04:49 PM | Show all posts
aku harap nana menang besar, baru ada akai 5 ekor tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 05:19 PM | Show all posts
Mesti Nana jelek tengok dan dengar album ni khuenzzz.. ekekekeke


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.394429 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list