Pengacara, Nabil Ahmad sekali lagi dihujani kritikan dan kecaman umum apabila menggunakan fizikal sebagai bahan gurauan di atas pentas.
Nabil, ketika konsert All Star Gegar Vaganza (GV10) minggu ke-6 pada Ahad bergurau kasar dengan mempersendakan wajah rakan pengacara, Jihan Muse.
Pengacara tersebut seolah-olah merendah-rendahkan Jihan menerusi gurauan yang menyentuh soal rupa paras hos berkenaan.
“Pernah tak ada lelaki yang luahkan dia crush pada kau? Mestilah tidak sebab muka kau macam mana pula,” katanya.
Tindakan Nabil mengundang kecaman netizen yang menyifatkannya tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.
“Kalau pun Jihan cakap dia ok sahaja dengan gurauan Nabil tapi tak elok untuk tontonan umum. Takut-takut jadi ikutan budak-budak, bergurau membahan fizikal orang lain,” komen netizen.
“Secara jujur tak beretika, cubalah orang lain kutuk kau Nabil. Bukan nak bela sesiapa, tapi beretika. Dengar kau pergi bertabligh tapi jagalah mulut tu,” tulis seorang lagi netizen.
Sumber: Utusan
|