CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4997|Reply: 50

'Bukan Nak Tunjuk Degil' - Amelia Henderson

[Copy link]
Post time 27-10-2023 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Amelia Henderson tidak pernah ingin memberikan gambaran kepada khalayak dirinya seorang yang keras kepala atau sengaja mengheret kes ke muka pengadilan.


Pemilik nama sebenar, Amelia Thripura Henderson berkata, dia bertindak untuk melawan kes mahkamah terhadapnya kerana dia seorang yang berpendirian dan merasakan ada sesuatu yang perlu diperjuangkan.






Katanya, dia tidak menyangka kemenangan akhirnya berpihak kepadanya selepas lama naik turun mahkamah berhubung kes pelanggaran kontrak dengan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd milik penerbit, Datuk A. Aida.


“Niat saya bukan nak ada kemenangan pun. Saya sebagai defendan, bukan saya yang naikkan kes ini ke mahkamah.


“Naik mahkamah itu bukan impian saya atau sesuatu yang saya pernah fikir nak buat dalam kehidupan. Sekarang ini, saya nak ‘move on’ daripada cerita ini.


“Sebab mengapa saya lawan adalah kerana saya rasa ada pendirian yang sangat kuat.


“Saya rasa ada sesuatu yang perlu diperjuangkan sebab saya tak setuju dengan keputusan mahkamah sesyen tempoh hari,” katanya kepada ketika ditemui Kosmo! Online di pejabat Fernandez & Selvarajah, Petaling Jaya, sebentar tadi.






Jelas Amelia, 28, lagi, dia hanya ingin mempertahankan kedudukannya sebagai seorang pelakon dan tidak pernah ingin melanggar kontrak kerana dirinya sangat sayangkan kerjaya lakonan.


“Bukan nak tunjukkan saya degil, muda dan tak hormat kepada undang-undang. Saya cuma nak bercakap tentang kedudukan saya.


“Biar mahkamah yang tentukan keputusan sebab saya bukan hakim atau peguam. Saya cuma nak bersuara tentang apa yang berlaku dari pandangan saya.


“Saya hormat sangat keputusan mahkamah hari ini. Saya bersyukur kerana akhirnya saya dapat keadilan dalam situasi ini.


“Tak pernah ada niat dalam apa-apa keadaan untuk tidak menghormati sesiapa dalam industri dan orang sekeliling. Tak pernah dan tidak akan,” ujarnya lagi.






Hari ini, Amelia Henderson berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu di Mahkamah Tinggi di sini.


Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon dalam rayuan itu selain telah meneliti segala rekod rayuan secara maksima dan hujah daripada kedua-dua belah pihak.


Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).


Terdahulu, pada 7 April lalu, Amelia diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.


Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan demikian selepas membenarkan tuntutan saman yang difailkan syarikat produksi itu selaku plaintif terhadap saman yang dikemukakan kepada Amelia selaku defendan. –


Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.


Bagaimanapun, saman melibatkan A.Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan berbelit..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dia x menang tapi x yah bayar khen haahahhhh pemahaman ai pun yalek macam dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 27-10-2023 04:24 PM
dia x menang tapi x yah bayar khen haahahhhh pemahaman ai pun yalek macam dia

ada jugak kena bayo uolls..tp tk byk..dlm 10k++ mcmtu..okay la tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak phm ape yg pendirian sgt kuat.. perjuangan ape le pulakk ehhh..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ko cantikk.. so mmg aku akan tgk movie ko bkn sbb suke drama tuu tp nak tgk muka ko wpun lakonan kayyuuu balak tu lg elok berlakon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhhhh aku ingat dia xpayah byr terus sbb tiba2 dibuktikan x bersalah!!! Rupanya kena byr minimum je agknya lepas lampirkan akaun bank yada yada yg dia xberduit n miskin b40.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
- Kes Saman plantif kpd Ame ie. keputusannya Ame x payah byr Wang sbyk rm200k kpd plaintif spt yg dituntut.
Tapi yg Ame kena byr ganti rugi nominal small amaun yg berpatutan kpd plaintif tu saje..ie. sbb batalkan kontrak berlakon atas sbb yg munasabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak percaya dia tak degil padahal deris bole je settled elok2 dgn tokda? Tokda pon da ckp awal2 kalo dia mintak maaf elok2 cam deris tokda pon tak kisah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purplehaz at 27-10-2023 05:19 PM

Nak kata menang atau tidak tu..kiranya mahkamah berpihak kpd Rayuan Ame..iaitu dia tidak perlu byr Saman 200k mean that kemenangan pada Ame juga la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purplehaz at 27-10-2023 05:20 PM

Ni yg dinanti nanti kes Siti nordiana, Saman Fitnah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Purplehaz at 27-10-2023 05:29 PM

Pasal minta maaf tu, mungkin kita tak tau cara mana maaf tu perlu dibuat, dgn Idris Khan mungkin dia terima maaf cara yg lain.
Yelah dlm kontrak asal lain..tiba masa ada ubah babak atau perkara lain.
Mcm cth la bila dpt surat tawaran kerja  jawatan manager, tiba masa up jadi CEO tapi gaji dpt level manager, kiranya tak setimpal dgn gaji la.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:33 PM | Show all posts
well done, amelia!
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
So apa yang kau perjuangkan sebenarnya? Tak nak berlakon jadi belen? Tapi drama yang dengan ben tu jadi pelacur. In real life pun dah macam belen dengan aedy tu asyik mengesek
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ngek betul. ko kalah la amelia. cuma ko tak payah bayar sebanyak yg a. aida tuntut. titik
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tadi aku baca a aida kata dia menang

Ni aku baca minah ni kata dia menang jugak

Siapa yang menang sebenarnya? Mahkamah pon bodoh. Kejap kena bayar, kejap x payah bayar. Yg untung tetap peguam.

By the way, entah kenapa aku rasa watak dia dalam 1MDV tu mmg perangai sebenar dia. Degil, berbelit belit, suruh org lain berkorban biar mati utk dia, pemarah, perengus. Bab pelacur tu  pon mcm dah biasa je. Kena seksa segala bagai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko bercerai haritu pun turun naik mahkamah jugak kan
Apa yg bukan impian nak naik mahkamah nye

Dia ingat netizen lupa agaknya dia pernah tak jadi pelakon n kawen dgn kerabat diraja melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua salah dan dua dua ego. Senang kata buku bertemu ruas. Nek aida memang banyak kes saman menyaman yelah berduit dan berkuasa dalam industri so maybe dia rasa retis akan takut dengan dia. Ame ni pula jenis pendirian selagi dia rasa tak salah. So yang bawa kes ke mahkamah nek aida dan she pertahankan diri. Last last bayar rugi cost je kan dan peguam yang kaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:05 PM | Show all posts
tapi cepat jugak kes dia bejalan yach...
2 mahkamah tak sampai setahun setel...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 27-10-2023 07:07 PM
Tadi aku baca a aida kata dia menang

Ni aku baca minah ni kata dia menang jugak

Kiter sumer pemenang, takder pengalah (ikut skrip vince af1)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.293756 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list