CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4724|Reply: 20

Bad Indigo Sempat Telefon Anak Nak Hadiahkan But Bola Sepak Sebelum Meninggal

[Copy link]
Post time 27-10-2023 02:52 PM | Show all posts |Read mode
Anak sulung Bad Indigo terkilan hajat bapanya mahu menghadiahkan sepasang but bola sepak kepadanya tidak kesampaian.


Rayyan, 14, berkata, ia merupakan perbualan terakhir di antara mereka sebelum menerima perkhabaran bapanya itu meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Khamis.


"erbualan terakhir dengan ayah adalah petang semalam (Khamis). Ayah cakap dia nak belikan but bola untuk saya tapi mungkin dalam dua hari lagi," katanya kepada mStar.


Foto: mStar




Bad atau Badrul Izhan Yeop Abdullah disahkan meninggal dunia di tempat kerjanya di Ampang, Selangor.


Allahyaraham tiba-tiba rebah disebabkan sesak nafas sebelum pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja.


Bad meninggal dunia pada usia 48 tahun.


Selain Rayyan, Bad juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Rania, 13, yang kedua-duanya di bawah jagaan bekas isteri pertamanya di Muar, Johor.


Dalam pada itu, Rayyan memberitahu mereka bergegas ke Kuala Lumpur selepas mendapat perkhabaran bapanya meninggal dunia.


Rayyan yang setia menemani jenazah di masjid berkenaan juga tidak dapat bercakap panjang ketika ditemui media kerana berada dalam keadaan sedih.


Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid berkenaan untuk dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara selepas solat Jumaat.


Pada Januari 2021, Bad terpaksa menjalani pembedahan secara berperingkat memotong jari kaki kirinya yang luka akibat penyakit diabetes di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).


Biarpun pergerakkannya terbatas, Bad sedaya upaya cuba untuk menguruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan individu lain.


Selain aktif menyanyi Bad juga bekerja tetap sebagai pembantu jualan dan pemasaran di Reiber Auto yang terletak di Bukit Permai, Ampang, Selangor.


Bad juga merupakan salah seorang selebriti terlibat dalam program mStar Baek dan rakaman episod mengenai kesengsaraan hidupnya baru sahaja ditayangkan pada Khamis iaitu berberapa jam sebelum berita sedih ini berlaku.


Untuk rekod, selepas bercerai dengan isteri pertama, Bad bertemu jodoh dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun berpisah pada Jun 2022. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 03:50 PM | Show all posts
tiba2 ja kan mati sekrang, x demam x apa, tgh kerja pun boleh mati tiba2.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: tiba2 ja kan mati sekrang, x d ...


Entahlah..dh jd trend skrg mcm tuh.rmibjer sekeliling i jadi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya: tiba2 ja kan mati sekrang, x d ...


betul..
ramai je skrg meninggal mengejut, yg sihat walafiat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kena heart attack kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwnnya kata kurg gula kn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya anak dia..baru berapa jam telfon happy2, lepas tu dah takde  mesti rasa tak percaya dah takde ayah lagik

Semuga anak2 arwah dapat bantuan yg sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecik lagi anak2 arwah...kesian budak2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 05:55 PM | Show all posts
salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Meolss tonton video owner bengkel tempat arwah keje cerita mcm mana saat2 kejadian. Sedih la, sebab kat hujung2 video dia pun mcm sebak. Mungkin dia pun tak sangka arwah akan temui ajal sebab sblm tu ada dua kali juga dia bantu arwah waktu tgh hypo kat tempat kerja. Jom la kita pakat2 sedekahkan al fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 27-10-2023 03:50 PM
tiba2 ja kan mati sekrang, x demam x apa, tgh kerja pun boleh mati tiba2.. huhu

Betul...kawan2 lelaki i ada beberapa meninggal tiba2. This 2..3..years..meninggal pasal sakit jantung, walau pun xde sakit tu dan healthy lifestyle. I cam nak tuduh covit vaccin booster tapi takut silap pula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 27-10-2023 06:38 PM
Betul...kawan2 lelaki i ada beberapa meninggal tiba2. This 2..3..years..meninggal pasal sakit jant ...

Aiyoh..ramai je meninggal mengejut kalau sakit jantung ni..dari jaman sebelum kobid lg..jiran iols kacak bergaya badan fit pun meninggal sakit jantung..zaman lepas kobid tp masa tu bekshin pun belum siap lagi..kalau tak musti bekshin yg kena tuduh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Badrul muhayat dah ninggal kan?? Nampak kat utube..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 27-10-2023 06:38 PM
Betul...kawan2 lelaki i ada beberapa meninggal tiba2. This 2..3..years..meninggal pasal sakit jant ...

Heart attack dengan cardiac arrest ni berbeza. Kalau heart attack maybe sebab gaya hidup yang tak sihat. Cardiac arrest pula jantung kita kerja berat dari sepatutnya. Sebab tu ramai kena time bersukan sebab bebanan yang jantung terima dari aktiviti sukan tersebut. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 12:13 PM | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiunn
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 28-10-2023 05:09 PM
Badrul muhayat dah ninggal kan?? Nampak kat utube..

Iya benar..ada thread pasal nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
muka anak pompuan dia macam sama pulak muka putri dahlia, anak neknowa , berdasarkan gambar kat page ni la.. sorry kalau mata i kero
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 01:11 PM | Show all posts
innalillah. takziah untuk ahli keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 02:03 PM | Show all posts
Salam takziah
Moga roh arwah dicucuri rahmat dn ditempatkan di kalangan yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 02:05 PM | Show all posts
rmai yg meninggal mengejut akhir2 ni...huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.164622 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list