CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 0

[Perlis] 'Cuma seorang dua saja yang suka 'hentak' kerajaan negeri'

[Copy link]
Post time 27-10-2023 11:14 AM | Show all posts |Read mode
'Cuma seorang dua saja yang suka 'hentak' kerajaan negeri'[



Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



MOHD Shukri. FOTO Arkib BERNAMA




Arau: PAS Perlis menafikan dakwaan berlaku pergolakan dalaman di negeri itu, namun mengakui ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perikatan Nasional (PN) yang terus menerus 'menghentak' pentadbiran kerajaan negeri.

Ia susulan kenyataan Naib Pengerusi 1 PN Perlis, Abu Bakar Hamzah mengenai wujud rasa tidak selesa dalam gabungan PN negeri itu ekoran pergolakan dalaman yang berlaku dalam PAS Perlis.

Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, tiada pergolakan dalaman berlaku di Perlis namun pihaknya sedar kewujudan segelintir Adun PN yang berterusan mengkritik kerajaan negeri.

"Memang tiada pergolakan dalaman berlaku dalam Pas Perlis cuma adalah seorang dua yang teruja selepas menang (Pilihan Raya Umum ke-15) ini yang seronok 'hentak' kerajaan macam nak jatuhkannya.

"Secara keseluruhannya tidaklah wujud 'geng penebuk kapal' ini kerana kami sebagai wakil rakyat PN masih duduk dan bekerja secara harmoni malah mesyuarat juga diadakan secara bersama sebagai pentadbir negeri ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Shukri yang juga menjelaskan tiada usaha atau gerakan Adun dari gabungan itu yang cuba untuk keluar atau melompat daripada gabungan itu kerana Perlis sudah pun meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis (Pindaan) 2022 bagi menghalang seseorang wakil rakyat 'melompat' parti selaras dengan Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti tahun lalu.

Sebelum ini, Abu Bakar yang juga Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis dan Adun Kuala Perlis mendedahkan bahawa PAS sedang bergolak di negeri itu sehingga menyebabkan tidak ada keselarian dan kesaksamaan dalam kalangan PN negeri itu.

Namun, beliau yang mewakili Bersatu, tidak sesekali mahu mencampuri urusan dalaman Pas kerana pergolakan dan perbalahan ini adalah lebih menjurus kepada ahli di Perlis sendiri.



Disiarkan pada: Oktober 27, 2023 @ 11:04am








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053056 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list