CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4188|Reply: 0

[Perlis] RISDA sedia lima insentif, galak pekebun tingkat produktiviti

[Copy link]
Post time 26-10-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
RISDA sedia lima insentif, galak pekebun tingkat produktiviti

Oleh ROSHILA MURNI ROSLI  26 Oktober 2023   05:35pm




Ruzaini (tiga dari kanan) bergambar bersama para penerima cek dan Anugerah Model Pekebun Kecil sempena Program Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) Peringkat Negeri Perlis di Padang Besar, Perlis pada Khamis.




PADANG BESAR - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menyediakan lima insentif utama melalui Program Skim Getah Matang (SGM) dalam usaha memastikan pengeluaran hasil getah yang optimum oleh para pekebun kecil.



Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ruzaini Rais berkata, SGM merangkumi insentif lima peringkat bantuan dengan tambahan bantuan Skim Getah Matang Tanam Semula berjumlah RM7,700 kepada para pekebun kecil di kawasan Semenanjung manakala RM8,400 di Sabah dan Sarawak.

Katanya, Bagi SGM peringkat satu dan dua, ia disediakan untuk memperkasakan pengurusan ladang menerusi penggunaan teknologi terkini.



“Insentif peringkat satu adalah khusus untuk pemilik kebun getah matang yang akan membuka panel torehan. Ia melibatkan bantuan baja, set torehan, dan racun rumpai dengan nilai RM 2,300 bagi setiap hektar di Semenanjung dan RM 2,500 bagi setiap hektar di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gerakan Peningkatan Produktiviti Getah (GPPG) Peringkat Negeri Perlis, di sini pada Khamis yang turut dihadiri Pengarah RISDA negeri, Ismail Jaafar.


Tambah Ruzaini, bantuan tersebut turut disampaikan kepada para pemilik kebun yang terjejas akibat bencana atau yang telah ditinggalkan.


Sementara itu, bagi peringkat dua katanya, SGM memberikan bantuan penyediaan baja RISDA kepada para pemilik kebun sebanyak 50 beg bagi setiap hektar termasuk racun rumpai, sama seperti yang tawarkan dalam peringkat satu SGM.


“Seterusnya bagi SGM peringkat tiga, empat dan lima, ia memfokuskan kepada insentif kepada pekebun kecil yang berjaya mencapai sasaran produktiviti yang ditetapkan,” jelasnya.

Malah, bagi memastikan sasaran produktiviti tersebut dicapai, RISDA memberikan bantuan berupa baja, bahan rangsangan, dan racun rumpai bernilai RM900 di Semenanjung dan RM1,000 di Sabah dan Sarawak.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.048173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list