View: 4238|Reply: 32
|
Kemudi Perahu, Jala Ikan, Ikat Ketam, Potong Rumput, Kait Buah Kelapa Sawit- Usia 13 Tahun Dah Serba Boleh, Ramai Lock Jadi Menantu
[Copy link]
|
|
Taiping: Nurzatul Asmyda Ahmad Zailani, 29, memuat naik video adiknya, Muhammad Nur Hakim Ahmad Zailani, 13, yang serba boleh dalam melakukan kerja kampung.
Dalam rakaman tersebut, kelihatan Muhammad Nur Hakim mahir melakukan bermacam kerja antaranya mengemudi perahu, menjala ikan, mengikat ketam, ambil upah memotong rumput, mengait buah kelapa sawit dan memancing.
Perkongsian membuatkan ramai netizen kagum kerana Muhammad Nur Hakim tidak seperti remaja seusianya yang banyak menghabiskan masa dengan gajet.
Foto: Harian Metro
"Nak 'lock' (kunci) jadi menantu sebab tahu anak saya mesti tak lapar bila dapat laki (suami) serba boleh," antara komen yang diterima.
Nurzatul Asmyda yang menetap di Batu 7, Changkat Baru, Matang, di sini berkata, Muhammmad Nur Hakim adalah adiknya dan anak kesembilan daripada 10 beradik.
Adiknya itu memang suka berdikari dan rajin menghabiskan masa dengan melakukan kerja kampung terutama ketika hujung minggu serta cuti sekolah.
"Adik saya memang rajin kerana kalau tak ikut ayah yang memandu lori, dia akan buat kerja kampung.
"Kerja rumah pun dia rajin buat malah emak tak perlu pergi pasar kerana adik ringan tulang dan jenis budak yang boleh disuruh.
"Kebiasaannya, saya yang akan menemaninya untuk pantau dan sambil itu ambil gambar juga videonya.
"Ikutkan, adik memang lasak malah di sekolah dia aktif bersukan tetapi kerja itu semua dilakukan pada hujung minggu saja jadi tak ganggu waktu persekolahannya," katanya kepada Harian Metro.
Nurzatul Asmyda berkata, sebagai kakak, dia kagum melihat kebolehan adiknya walaupun orang luar mungkin menganggap ia perkara biasa.
"Disebabkan itu (kagum), saya muat naik videonya di TikTok kerana saja nak simpan untuk buat kenang-kenangan.
"Tak sangka video itu meraih tontonan tinggi dengan rata- ratanya memuji adik serta beri komen positif.
"Terima kasih atas kata semangat yang diberi dan diharap, adik dapat menjadi contoh kepada remaja seusia dengannya," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini biasa je.abis skolah pg, petang menyerlop. mula dulu tk fhm. rupa2 menyawit..
budak2 camni lah yg kalo ada gotong royong ke.. buat korban ke.. siap dtg bwk pisau sama melapah.. bercakap pun gaya org tua
dpt upah, byr duit motor, hp. nk tunggu parents belikan, tkde lah |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 26-10-2023 12:58 PM
kat sini biasa je.abis skolah pg, petang menyerlop. mula dulu tk fhm. rupa2 menyawit..
budak ...
seronok kan tengok budak2 kampung macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu ni masih hidup zaman mat kilau kot
spender basuh sendiri tak dik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 26-10-2023 02:30 PM
Mcm anak2 ctjerai82
Anak2 lelaki dia rajin bantu keje umah, masih sekolah gak.
Anak2 kg pun skrg tak semua masih nak buat keje2 lasak gini paling tidak merempit pastu main gadjet.
Budak2 ni sama mcm kita yg membesar ditahun 80-90an dulu
Kat sekolah aktif je dgn aktiviti sekolah kat rumah pun sama tak dok diam.
Rindunya zaman kanak2, zaman tak takut apa2 pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmni la best. Kurang stress hidup. Kalau i ade rezeki teringin jgk membesarkan anak kat kg. Mcm kehidupan i kecik2 dulu lepak naik buai kayu ikat tali kat pokok, menghadap sawah pun hati leh tenang happy. Sekadar pacak2 batang ubi pacak2 batang tebu utk tanam pun dah rasa seronok sgt. Dok bandar ni hurmmm jela. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan mendadih dah la....satu pun tak berguna...kecuali kau kokusen |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 26-10-2023 03:31 PM
Jangan mendadih dah la....satu pun tak berguna...kecuali kau kokusen
Yasin tu mendadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm ni la bagusss.. bdn pun sihat
rindu zaman kekanak ribena thn 80-90an
naik sampan pegi kebun, tenggelamkan bot pakcik, main selut cari siput sedut, siput rodong, godak sungai, kena jerit dgn mak suruh balik masa dh nak maghrib, main badminton, takraw. takraw buat mcm main maero attack hahhaahhaaaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcik2 kepams pun mula la menggelitat offer nk buat menantu. |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 26-10-2023 03:43 PM
mcm ni la bagusss.. bdn pun sihat
rindu zaman kekanak ribena thn 80-90an
Dah kenapa uols pi tenggelamkan boat pakcik uols tu, tak hangin ke kawan tu hahah.
Adik ni survival skill tinggi ni. Campak mana2 boleh hidup je ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Musim sembelih lembu haji diorg hantar daging beku ke rumah2, daging sembelih diorg ambil |
|
|
|
|
|
|
|
tak sengajaaaa.. main main, tenggelam tp tiada sebarang kerosakkan laaa pakcik ok jeee.. paham naw dh kalau cuti sekolah, semua ada kt kg, mmg mcm2 benda boleh karam
|
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya hidup adik ni
dia enjoy zaman budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
She-Ra replied at 26-10-2023 05:13 PM
tak sengajaaaa.. main main, tenggelam tp tiada sebarang kerosakkan laaa pakcik ok jeee.. paham naw ...
Ni uols main sekitar sungai ke atau kawasan laut ni? Siap ada boat2 ni. Mesti cekap berenang + menyelam nih |
|
|
|
|
|
|
|
sungai jeeee.. tp kg kami tak jauh dh dgn lauttt.. tu tempat cari siput sedut/rodong nk ke belah laut laaa tp tak pernah la lg kami tembus ke laut dr belakang kg.. pantai2 berdekatan dgn kg ada laaaa
berenang dan menyelam acah2 tu boleh la.. dia bila dh beso ni ntah.. cpt panik.. tp kdg2 tu ok je
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 26-10-2023 05:12 PM
Musim sembelih lembu haji diorg hantar daging beku ke rumah2, daging sembelih diorg ambil
Lahh ada yg buat mcmtu?? |
|
|
|
|
|
|
|
allshares replied at 26-10-2023 02:45 PM
Mcmni la best. Kurang stress hidup. Kalau i ade rezeki teringin jgk membesarkan anak kat kg. Mcm keh ...
kehidupan kat kg skrg tak sama mcm kita dulu. mak iols perambat anak2 suh hidup keluar membina keluarga sbb kg iols (dlm 10mins ke ktrg) mmg teruk. bdk2 lagi advance dari anak kita kat bandar ni. tapi ni kg iols la.
iols sememangnya rindu la dgn zaman kanak2 kat kg dulu thn 80an.
btw, bagusnya anak ni survivor skill tggi serba serbi suka+mampu buat. rajin tu yg plg payah nak cari |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni baru 13 tahun, dah ramai nak jadikn mnantu, pedo alert. Bru 13 tahun kot, bukannya 31 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|