View: 2943|Reply: 13
|
Tiba Masa Penguasaan Bahasa Melayu Jadi Syarat Mohon Kewarganegaraan
[Copy link]
|
|
Profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Zaid Ahmad berpendapat sudah sampai waktunya kerajaan sangat bertegas dalam soal penguasaan Bahasa Melayu sebagai syarat penting bagi dipertimbangkan sebagai warganegara Malaysia.
Katanya, mereka yang memohon warganegara Malaysia lazimnya sudah berada dalam negara ini selama lebih 10 tahun.
Menurutnya, dalam Perkara 19 perlembagaan Persekutuan, memang mensyaratkan seorang pemohon mesti mempunyai penguasaan bahasa kebangsaan yang memadai.
Gambar hiasan
"Adalah sangat tidak munasabah bagi seseorang yang bermastautin lebih 10 tahun tidak menunjukkan sebarang usaha dan komitmen untuk mempelajari bahasa negara yang dia ingin menjadi warganegara.
"Sebagai sebuah negara berdaulat, saya menyarankan supaya syarat diperketatkan lagi bagi mereka yang memohon warganegara dan jangan sama sekali berkompromi dalam soal Bahasa Melayu ini," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat pada Isnin, bahawa ujian penguasaan Bahasa Melayu dikenal pasti sebagai antara punca kebanyakan pemohon warga emas gagal bagi permohonan taraf warganegara Malaysia.
Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, ini kerana ujian itu menjadi syarat bagi permohonan berkenaan.
"(Di Malaysia) markah lulus (ujian penguasaan bahasa Melayu) adalah lapan, manakala gagal pula satu. Kadang-kadang kita luluskan mereka (pemohon) yang dapat (markah) dua pun... hanya boleh ucap 'terima kasih'.
"Kebanyakan mereka yang berusia ini terlalu fasih bahasa asing. Ini antara kekangan dihadapi KDN (Kementerian Dalam Negeri)," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat itu.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) mengenai isu permohonan warganegara golongan warga emas yang tidak diluluskan, selain mengambil masa lama untuk proses kelulusan.
Mengulas lanjut mengenai isu itu, Zaid berkata, sememangnya perlukan penegasan bahawa mereka yang tidak memenuhi syarat tidak layak sama sekali dipertimbangkan menjadi warganegara Malaysia.
"Maruah dan kehormatan negara sama sekali digadaikan kepada mereka yang tidak menunjukkan komitmen, minat dan rasa hormat kepada kedaulatan negara ini," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba interview footballer harimau malaya cakap melayu sekali nak dengar.
Sembang...
|
|
|
|
|
|
|
|
rakyat yg lahir di sini pun ramai yg tak lancar berbahasa melayu. apatah lagi mengetahui tentang sejarah tanah air. lihatlah budak2 kini, langsung takde inisiatif nak mengetahui tentang kewuudan negara, tentang common sense & pengetahuan am. sgt2 lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman kerjn ada Dap nilah baru ada bunyi cadangan camgini. Zaman pati paspn dulu takda pulak ek
|
|
|
|
|
|
|
|
Buat ajelah...iols nk buat PR visa pun kena prove boleh ckp dan faham English, ambik test kt british council lagi...reason being senang nak berintegrasi dgn penduduk setempat...so let them put an effort lah kalau betul2 nk jadi warganegara...xnak kalu sila apply warga singapore, seberang aje pun |
|
|
|
|
|
|
|
lambat dh....kaya dh yg dh masuk Malaysia dr hasil bg rasuah kat pegawai JPN( Pembelot negara) Layak bg makan rimau n buaya kat zoo tu... |
|
|
|
|
|
|
|
semak balik bangsa pendatang...mcm budak bukan warganegara yang kena buat cabutan kedua...tengok layak tak jd rakyat malaysia.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmm.. org india or cina cni klau wat report kt balai.. lg la ko sedihhhh..
tunggang terbalik.. cmana tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 26-10-2023 06:21 PM
Menjadi warganegara adalah macam mana gomen misti kasi kita kaya maa...bayar cukai...sama gomen maaa....apa pasal lagi mau pandai cakap melayu..sudah kasi wang maaa...sudah la...lagi u olang mau apa???-Wa Lorr |
|
|
|
|
|
|
|
adik i yg warganegara pun ckp melayu senget senget je..
bdk skrg kalau nk pandai bhs kena pergi sekolah kebangsaan kot..
i pulak kena ajar diia |
|
|
|
|
|
|
|
Bende penting macamtu takde dalam syarat ke? Bongoknyaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu wujud persoalan ni. Nak jadi rakyat UK pun kena lulus ujian BI. Takkan la nak kena lulus bahasa Urdu pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Cuba interview footballer harimau malaya cakap melayu sekali nak dengar. Sembang...
Rilek lah.. diorang tu directly ada contributon dkt negara dlm bentuk sukan, yg ramai2 dok tersangkut ni tak tau, tak nak belajar benda basic pun, tu pasal tak boleh lulus.. sbb takde rasa nak assimilate dgn host country ni.. mana loyalty dia kt situ?
|
|
|
|
|
|
|
|
syarat sebegini wajib diperluaskan lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|