View: 1289|Reply: 5
|
Aiman Tino Izin Isteri Jadi Pelakon, Pengacara
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon, Aiman Tino tidak menolak sekiranya ada produksi menghulurkan tawaran lakonan ataupun pengacaraan kepada isterinya, Syarah Haifa.
Aiman atau nama sebenarnya, Muhammad Aiman Yusri berkata, isterinya pernah ditawarkan peluang mengacara dan terbabit dalam drama produksi Indonesia, namun tidak serius.
"Saya okay sahaja. Ada juga pihak yang memberikan Syarah peluang untuk menjadi pengacara.
"Jika ada tawaran datang, terserah kepada Syarah nak terima atau sebaliknya.
"Ada juga mulut-mulut yang mahu ambil Syarah berlakon sebab dia juga selalu ikut saya, jadi orang produksi nampak dia.
"Syarah mempunyai latar belakang dalam bidang seni kerana bekas graduan Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Jadi, Syarah ada karakter untuk mengacara dan berlakon.
"Dia juga pernah membintangi drama Indonesia sebab terbabit dalam produksi, jadi tidak kekok dalam bidang seni," katanya.
Terdahulu, Aiman mendirikan rumah tangga dengan Syarah atau nama sebenarnya, Che Syarah Haifa Che Isa pada 27 April lalu di Dewan Astana, Shah Alam, Selangor.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Macik selalu keliru
Aiman Tino
Sufian Suhaimi
Ismail Izzani
Sama je macik nengok tetiga
Kisah perempuan semedang |
|
|
|
|
|
|
|
Laki dah sendu, nak up kan bini pulakkkk ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Xdak duit la tu nk tanggung sampai.kena kerah isteri..hahaa |
|
|
|
|
|
|
|
Aiol tngok AT ni, msti iol tringat kat leaked video dia tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada bakat x kayu ok la
tapi ntah la
aura pun penting ye |
|
|
|
|
|
|
| |
|