|
TALLAHASSEE: Seorang wanita meminta bekas isteri suaminya untuk menjadi doula atau peneman semasa bersalin.
Wanita itu juga membantu Summer Trent Garcia, 28, menyusukan anaknya, menukar lampin bayi dan menjadi `ibu bapa ketiga’ kepada anak kecil itu.
Daily Mail melaporkan, Summer yang menetap di Sarasota, Florida tidak mempunyai hubungan rapat dengan bekas isteri suaminya, Dani Walsh, 29.
Foto: SWNS
Summer bertemu dengan suaminya, JJ Garcia, 32, yang merupakan petinju profesional, beberapa bulan selepas dia berpisah daripada hubungan perkahwinan selama 10 tahun dengan Dani.
Dani pada mulanya berasa marah terhadap Summer, malah turut menyalahkannya sebagai punca perpisahannya dengan JJ pada ketika itu.
Namun, ketika JJ melamar Summer, wanita itu menyakinkan Dani untuk keluar bersama dan mereka mula menjadi mesra sehingga hubungannya semakin rapat.
Summer dan Dani menyedari mereka mempunyai banyak persamaan dan kini merupakan kawan baik.
Summer mengandung bayinya pada Januari 2023 dan Dani berada di sisi wanita itu sepanjang kehamilannya.
Malah, JJ dan Dani turut menemani Summer ketika melahirkan anak lelakinya, Sage pada 13 September lalu.
Kini, Dani membantu Summer menjaga bayinya dengan menyusu, menukar lampin dan memasak makan malam untuk keluarganya.
“Pada mulanya, hubungan kami amat renggang namun dia kini merupakan antara kawan baik saya.
“Malah, Dani turut membantu menjaga bayi saya, dia seolah-olah merupakan `ibu bapa’ kepada Sage,” kata Summer. -CARI
Sumber: Utusan |
|