View: 1590|Reply: 4
|
Buang Fibroid Dan Rahim, Isteri Aril Pilus Masih Lemah Tapi Stabil
[Copy link]
|
|
Isteri Aril Pilus, Puteri Erma Edlinda yang menjalani pembedahan membuang fibroid dan rahim dua hari lalu mula stabil.
Erma Edlinda menjalani pembedahan itu beberapa jam selepas melahirkan anak kedua mereka menerusi pembedahan.
Foto: IG
Aril bersyukur isterinya sudah stabil dan ditempatkan di wad untuk dipantau doktor. "Tekanan darahnya masih rendah dan beberapa prosedur perlu dilakukan. Dia sedar pada jam 12 tengah hari semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum dipindahkan ke wad," katanya kepada Harian Metro.
Ditanya keadaan bayi lelaki yang dilahirkan pada 23 Oktober lalu, Aril berkata, bayi dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, bayi kami ada di wad dan dipantau oleh jururawat. Bayi sihat dan dilahirkan dengan berat 3.24 kilogram.
"Doktor maklumkan, isteri boleh melihat bayi kami tetapi memandangkan keadaannya yang masih lemah, doktor sarankan dia berehat secukupnya.
"Rasanya mungkin seminggu dua ini, isteri saya akan ditahan dan dirawat di hospital kerana sudah melalui beberapa pembedahan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
baru lepas czer , kena bedah lagi buang rahim. besar sungguh ujian. |
|
|
|
|
|
|
|
Semuga cepat sihat..kesian & ngilu baca kena bedah 2x kat tempat yg sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
allah.. bahayanya pregnant + fibroid |
|
|
|
|
|
|
| |
|