CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2612|Reply: 18

[Tempatan] Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda

[Copy link]
Post time 24-10-2023 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Manuskrip Melayu ratusan tahun ditemui di Belanda

https://www.bharian.com.my/renca ... -ditemui-di-belanda

Oleh Azhar Shahrulnizam - Oktober 24, 2023 @ 12:06pm
[email protected]


Antara koleksi manuskrip Melayu ratusan tahun kini disimpan di sebuah perpustakaan, Athenaeumbibliotheek di sebuah bangunan bersejarah di Belanda.

KUALA LUMPUR: Koleksi sebuah perpustakaan lama dari Selangor tersimpan jauh di bandar tua Deventer, utara Belanda sejak 1971.

Mendedahkan hal itu, Ketua Bahagian Asia Tenggara, British Library, London, Datuk Dr Annabel Teh Gallop, berkata koleksi yang mengandungi 72 manuskrip terdiri daripada 45 kitab berbentuk naskhah berjilid dan 27 pucuk surat adalah milik Tengku Panglima Besar Tun Sayid Jafar Ba' Alawi atau lebih dikenali sebagai Sayid Jafar.

"Koleksi itu kini disimpan di sebuah perpustakaan, Athenaeumbibliotheek di sebuah bangunan bersejarah. Manuskrip yang tertua dalam koleksi ini dipercayai dihasilkan pada 1603.

"Koleksi berkenaan dianggap sangat penting untuk Sayid Jafar kerana beliau sanggup membakar perpustakaan miliknya daripada jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1784," katanya ketika memberi syarahan 'Perpustakaan di Negeri Selangor Kurun Ke-18: Koleksi Buku Panglima Besar Tengku Sayid Jafar' anjuran Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), baru-baru ini.


Ketua Bahagian Asia Tenggara, British Library, London, Datuk Dr Annabel Teh Gallop. - Foto fail NSTP

Gallop berkata, daripada keseluruhan 72 manuskrip, berkemungkinan hanya 28 jilid besar buku berasal daripada koleksi Sayid Jafar sementara naskhah lain termasuk surat dan kertas mungkin diperoleh ketika berlakunya Perang Selangor-Belanda.
Tambahnya Perang Selangor- Belanda berlaku ketika Selangor menawan kembali Melaka yang ketika itu dikuasai Belanda. Sultan Kedua Selangor, Sultan Ibrahim menyerang Melaka dengan bantuan bapa saudaranya, Raja Haji yang membawa angkatan perang dari Riau. Dalam peperangan itu, Raja Haji terbunuh di Teluk Ketapang sementara Sultan Ibrahim berundur kembali ke Kuala Selangor.

"Armada Belanda kemudiannya mengejar ke Kuala Selangor. Namun disebabkan pantai Selangor berlumpur, usaha untuk mendarat agak sukar.

"Selepas dua minggu barulah dapat naik ke darat dan mengukuhkan kedudukan mereka sebelum dapat menakluk Kota Kuala Selangor. Sultan Ibrahim dan orang-orangnya pun berundur ke Hulu Selangor lalu masuk ke Pahang untuk mendapatkan bantuan.

"Disebabkan penaklukan itulah Belanda dapat merampas sejumlah manuskrip Melayu lama lalu dibawa ke Belanda," katanya.


Perbincangan oleh Annabelle yang dibuat secara dalam talian mengenai manuskrip Melayu yang itu kini disimpan di sebuah perpustakaan, Athenaeumbibliotheek di pedalaman Belanda.

Gallop berkata, keseluruhan koleksi berbentuk buku ditulis dalam bahasa Arab sementara himpunan surat dan kitab kecil dikarang menggunakan bahasa Melayu. Bagaimanapun ada beberapa manuskrip buku kecil dan catatan yang ditulis dengan bahasa dan aksara Bugis.

Gallop menyifatkan penemuan koleksi Sayid Jafar itu sangat menarik dan menimbulkan kebarangkalian terdapat juga manuskrip lain dari alam Melayu disimpan di situ.

"Ada yang berasal daripada Aceh, Indonesia kerana ia disertakan maklumat lengkap misalnya di mana ia disalin selain turut dicatatkan nama penyalin dan nama pemiliknya," katanya.

Bagaimanapun tegas Gallop, penemuan koleksi itu tidak boleh dianggap baharu kerana ia sudahpun dikatalogkan sejak 1792 walaupun ditulis dengan tangan.

Katanya, dalam katalog lama susunan koleksi dibuat mengikut bahasa, misalnya semua koleksi berbahasa Melayu akan dihimpunkan bersama.

"Koleksi perpustakaan Sayid Jafar ini memfokuskan ilmu Islam, jadi walaupun ada dalam bahasa Melayu namun majoritinya dalam bahasa Arab.

"Koleksi di Deventer itu turut menyimpan dua mushaf al-Quran. Salah satu ciri yang jelas mushaf ini dihasilkan di Aceh berdasarkan tata letak teks dan tulisan tangan.

"Sebelum ini kami sudah menemui empat mushaf al-Quran lain masing-masing di Aceh, Rotterdam di Belanda dan Vienna, Austria yang dipercayai ditulis oleh orang yang sama kerana tulisannya serupa.

"Hanya satu sahaja mushaf yang saya yakin disalin di Selangor kerana ia masih belum selesai ketika dibawa ke Belanda, ada sekitar enam hingga tujuh halaman sahaja," katanya.

Apa yang menarik katanya, dalam koleksi di Deventer itu terdapat juga buku nahu bahasa Arab, Al-Fawa'id Al Wafiya Fi Hall Mushkilat al Kafiya. Hal ini tegas Gallop menjelaskan orang Melayu satu ketika dulu banyak mengkaji bahasa Arab.

Tambah Gallop, satu-satunya manuskrip kesusasteraan yang ada dalam koleksi itu adalah karya epik berbahasa Bugis iaitu La Galigo.

Namun satu hal yang menarik, meskipun ia disimpan di Deventer, semua koleksi itu kini sudah didigitalkan dan boleh diakses umum.

Gallop berkata, Sayid Jafar datang daripada keluarga keturunan Arab Hadrami yang berasal dari Riau, Indonesia. Bapanya, Sayid Sharif Hassan manakala ibunya, Tengku Puteh adalah anak Raja Kecil di Siak. Sayid Jafar kemudiannya berkahwin dengan Tengku Embong anak Sultan Siak, Mahmud Shah.

Kata Gallop mengikut dokumentasi sejarah, Tengku Embong pernah bernikah dengan Raja Mohd Ali sebelum mengahwini Sayid Jafar.

"Hal ini menjadi sebab mengapa Siak kemudiannya berpihak kepada Belanda ketika menentang Selangor adalah kerana rasa dengki dan amarah Raja Mohd Ali terhadap Sayid Jafar yang berkahwin dengan bekas isterinya.

"Gelaran penuh Sayid Jafar hanya diketahui menerusi dua surat yang dihantar kepada Gabenor Pulau Pinang, Francis Light.

"Malah menerusi surat itu juga pengkaji mengetahui bahawa Sayid Jafar adalah seorang yang berketurunan Arab Hadrami," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 02:47 PM | Show all posts
kerana Janda sanggup melayu/islam berpaling tadah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 02:57 PM | Show all posts
takda ke roper sebenar tengku panglima sayid ni? aku pon ada je few friend dari keturunan hadramout ni walaupon dah lama berasimilasi masih nampak la feature2 mcm yellow india sikit, tapi yg mana dari indo claim dia keturunan yemen ni semua muka mmg taknak jawa habis kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 03:02 PM | Show all posts
Raja Mohd Ali tu siapa sampai boleh hasut Siak geng dengan Belanda hanya kerana (janda) beliau disondol. Ya ka kena sondol?

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 03:24 PM | Show all posts


contoh lain.. ini semua harta yang dicuri imperialis

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni pmx@kjaan Msia xde rasa@inisiatif nk 'minta balik' ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2023 04:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-10-2023 03:02 PM
Raja Mohd Ali tu siapa sampai boleh hasut Siak geng dengan Belanda hanya kerana (janda) beliau dison ...

ish, ish dah cerai kot manala ada istilah sondol menyondol dah.. lantakler si Puteri nak kawan dengan sesapa pown.. yang pi cerai tu sapa suruh.. si bekas laki nak jeles nak buat apa lagi dah..

ke si puteri tu mintak cerai sebab ada pompuan lain yang sondol bekas laki dia tuh..

err, sebenarnya kita cakap tentang sapa nih ye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 04:17 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 24-10-2023 04:28 PM

Ini juga penemuan terbesar dan terdahsyat ... Mungkin juga hasil manuscript kuno yang baru ditemukan oleh Prof. Soleha Yacob..

HORE....HURRA...Paramesawara itu bukan Hindu tetapi Islam ... Jadi legitimatelah jika BUdha dan Hindu X pernah bertapak kat Tanah Melayu ....Hehehehe

https://www.youtube.com/shorts/U-XdDjf7h6Q
Lebih dahsyat ... Srwijaya itu Hindu tetapi dimurtadkan ...

https://www.youtube.com/watch?v=XiHf4XMAs2Q

Makin lama .. makin banyak saja  DONGENG SEJARAH di Malaysia .... Hehehehe



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 05:27 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-10-2023 07:02 AM
Raja Mohd Ali tu siapa sampai boleh hasut Siak geng dengan Belanda hanya kerana (janda) beliau dison ...

aku baca riwayat.. raja ali ni kawen dgn tengku embung. tengku ambung ni kira sepupu dia, anak sultan siak yg ke-2. nama sayid jafar xde dlm riwayat, tp ada sorg syed bangsa al sakkaf, tp kawen dgn anak raja ismail. raja ismail ni adik/abang tengku embung ni.

tengku ambung ni pernah nikah dgn sorg daeng ni. lps dia cerai dgn daeng ni, baru dia kawen dgn raja ali. ikut pemahaman aku.. dia x cerai pun dgn raja ali sampai raja ali meninggal. nama pekanbaru tu di ambil sempena gelaran raja ali ni.

tapi mmg ada raja ali ni berkompromi dgn belanda utk serang selangor. tp xdelah bagitau sebab.

tak tau lah manuskrip tu mcmn pulak jalan cerita dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-10-2023 03:02 PM
Raja Mohd Ali tu siapa sampai boleh hasut Siak geng dengan Belanda hanya kerana (janda) beliau dison ...

Kisah KRT versi manuskrip sejarah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:26 PM | Show all posts
Hikariful replied at 24-10-2023 04:15 PM
ish, ish dah cerai kot manala ada istilah sondol menyondol dah.. lantakler si Puteri nak kawan den ...

Kalau dah cerai takde sebab lah nak marah. Dah buang kot.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:29 PM | Show all posts
TabletSusu replied at 24-10-2023 05:27 PM
aku baca riwayat.. raja ali ni kawen dgn tengku embung. tengku ambung ni kira sepupu dia, anak sul ...

I hope ini bukan Raja Ali Haji la.
Apasal la nama dekat2 sama.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:31 PM | Show all posts
green~tea replied at 24-10-2023 05:41 PM
Kisah KRT versi manuskrip sejarah..

KRT tu apa?

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-10-2023 06:31 PM
KRT tu apa?

Kisah rumahtangga
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:59 PM | Show all posts
Hal ini menjadi sebab mengapa Siak kemudiannya berpihak kepada Belanda ketika menentang Selangor adalah kerana rasa dengki dan amarah Raja Mohd Ali terhadap Sayid Jafar yang berkahwin dengan bekas isterinya.


Kata makhluk sembilan akal. cerai je pun, punyalah emo sampai sanggup musnahkan negeri
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:36 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-10-2023 10:29 AM
I hope ini bukan Raja Ali Haji la.
Apasal la nama dekat2 sama.

eh bukan.. org berlainan ni kakak. Raja Ali Haji tahun 1800an lahir kat selangor. Raja Mohd Ali ni tahun 1700an lahir kat Siak sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 10:44 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 25-10-2023 09:36 AM
eh bukan.. org berlainan ni kakak. Raja Ali Haji tahun 1800an lahir kat selangor. Raja Mohd Ali ni ...

I thought so cuma tak sempat nak check timeline. Satu lagi orang sering confuse Raja Ali Haji (pengarang Gurindam Dua Belas akar Bahasa Indonesia) dengan Raja Haji Fisabilillah (Yang Dipertuan terakhir Riau, saudara Sultan Selangor Pertama) - dua individu berbeza.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau research susur galur sure akan keluar asal dari Semenanjung <= Sumatera <= Tanah Arab ( tambahan sikit keturunan Nabi dari anak Fatimah )


twist sikit tambah Thailand ke apa ke mostly akan ada dari Tanah Arab keturunan Nabi


bukan nak downgradekan family orang lain tp macam banyak sangat baca susur keluarga orang lain yang part Tanah Arab tu serupa je macam ye ke tidak ni...  




Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by apam at 25-10-2023 02:10 PM
nusaraya replied at 24-10-2023 04:17 PM
Ini juga penemuan terbesar dan terdahsyat ... Mungkin juga hasil manuscript kuno yang baru ditemukan ...


Yang aku pelik cemana negara sekecil belanda dgn penduduk yg sikit, datang dgn jumlah sedikit jarak  ribuan batu naik kapal laut zaman dulu mampu menjajah negara Indonesia yg besar, rakyatnya ratusan juta, sumbernya banyak sekali. Dijajah selama ratusan tahun pulak tu. Bodoh dan lemah sangat ke indon ni?
Sama jugak dgn tanah melayu dijajah oleh bangsa penjajah yg datang jauh naik kapal zaman dulu. Kapal2 melayu hebat2 katanya ye. Teknologi melayu pun hebat kan.
Tapi indon lagi pelik laa sbb negara lagi besar. ada sapa tau kenapa ye...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.187121 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list