CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1940|Reply: 0

704 warga Polis KL diberi kaunseling

[Copy link]
Post time 24-10-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode

KONTINJEN perbarisan anggota polis semasa Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur. FOTO Suharmin Yusuf

Kuala Lumpur: Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur mengadakan 1,001 sesi kaunseling kepada 704 warga polis bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, khidmat kaunseling yang diberikan berhubung isu dihadapi termasuk kerjaya, keluarga, kesihatan, peribadi, psikologi, tatakelakuan, kewangan serta penempatan.

"Kita perlu mengelakkan diri dari memberi stigma kepada mereka yang mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Allaudeen turut mengingatkan setiap warga Polis Kuala Lumpur supaya terus menjaga integriti pasukan.

Katanya, integriti adalah disiplin dan kekuatan diri yang utuh sebagai cerminan watak dengan bertindak secara berhemah kepada kuasa, tugas, tulus, tiada konflik serta mempunyai akauntabiliti tinggi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... l-diberi-kaunseling
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.562044 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list