CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1311|Reply: 3

[Politik] Amat dangkal untuk Parlimen hadkan penggunaan 'kafir, Zionis' - Zuraida

[Copy link]
Post time 24-10-2023 11:11 AM | Show all posts |Read mode
Amat dangkal untuk Parlimen hadkan penggunaan 'kafir, Zionis' - Zuraida
Diterbitkan:  Oct 24, 2023 10:51 AM



Timbalan Presiden Muafakat Nasional, Zuraida Kamaruddin membidas Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang mahu ahli parlimen berhenti melabelkan satu sama lain dengan perkataan seperti “kafir”, “Zionis” dan “Yahudi” atau yang boleh mengguriskan hati ketika berbahas.

Menurut bekas menteri itu, arahan itu adalah satu langkah yang amat tidak wajar kerana ia menyekat kebebasan bersuara ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Adalah menjadi sesuatu yang amat dangkal untuk Parlimen Malaysia menghadkan penggunaan sebarang perkataan yang sekiranya diutarakan di luar dewan pun tidak menjadi kesalahan.

“Sebagai contoh perkataan kafir yang menjadi antara punca polemik di dalam parlimen baru-baru ini adalah kerana kurangnya kefahaman sesetengah ahli parlimen mengenai perkataan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 11:35 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 24-10-2023 11:36 AM

dangkal camana tu mak lampir??camni ka??



Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 11:36 AM | Show all posts
Cuba kalau ko kena panggil kafir. Dangkal ka dok?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebok nk mengkapirkan org acik ni. Acik ni ke yg luluskan lesen ahlong masa kerjaan PasPn dulu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052107 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list