CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4807|Reply: 3

Denda RM5,000 Jika Tak Lapor Penderaan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 23-10-2023 10:45 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Individu yang mengetahui wujudnya perbuatan penderaan seksual terhadap kanak-kanak tetapi tidak melaporkan kepada pihak berkuasa boleh didenda hingga RM5,000 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 1972).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam usaha membendung jenayah tersebut, penguatkuasaan agresif dan tegas akan dilaksanakan termasuk mendakwa orang terdekat seperti cikgu atau jiran yang mengetahui kejadian sedemikian menerusi Seksyen 19 akta berkenaan.






"Saya nak buat secara agresif sebab kalau jiran, ahli keluarga dan guru ambil sikap tidak mahu masuk campur ini akan membebankan kanak-kanak yang jadi mangsa kerana tidak ada orang nak melaporkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan sistem eKlinik 6G di sini hari ini.


Menurut akta itu, mana-mana orang yang tidak memberikan maklumat mengenai perlakuan atau niat mana-mana orang lain untuk melakukan kesalahan tersebut, jika mangsa ialah seorang kanak-kanak, kepada pegawai di balai polis berdekatan, boleh disabitkan kesalahan dan didenda maksimum RM5,000.


Azalina berkata beliau akan bertemu dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Polis Diraja Malaysia dan pihak mahkamah berhubung penguatkuasaan sepenuhnya akta itu, serta Pesuruhjaya Kanak-Kanak bagi membincangkan usaha mewujudkan kesedaran dalam komuniti.


Setakat ini, katanya tiada sabitan berhubung akta berkenaan.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 03:54 PM | Show all posts
Dia harus dihukum kerana tidak melaporkan kes penderaan seksual kanak-kanak, kerana ia penting untuk melindungi kebajikan dan keselamatan kanak-kanak. pokedoku
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 05:20 PM | Show all posts
hukuman lebih berat jgk utk pesalah sexual abuse ni

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2024 06:47 PM | Show all posts
Menurut undang-undang, jika mangsa adalah kanak-kanak, sesiapa yang gagal memberikan maklumat tentang perilaku atau niat mana-mana orang lain kepada polis di stesen polis terdekat mungkin tidak dibenarkan dan dihukum sehingga RM5000. snaptik

Bukan bil yang baik.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053654 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list