CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13115|Reply: 108

Fizi Ali Dah Nikah, Harap Terus Bahagia Bersama Isteri

[Copy link]
Post time 23-10-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Penyampai radio, Fizi Ali selamat melangsungkan majlis perkahwinannya pada hari ini 23 Oktober 2023, jam 10 pagi bersama pasangannya Siti Zulaikha, 30, di sebuah lokasi di Gombak.


Pemilik nama sebenar, Mohd Hafizudin Bin Ali, 34, berkata perkenalannya dengan isteri adalah secara kebetulan. Mereka bermula sebagai rakan perniagaan, tetapi selepas itu mereka percaya ada keserasian.






Tambah Fizi lagi, isterinya adalah orang yang paling rapat dengannya ketika itu. Di samping itu, isterinya juga merupakan individu yang mendorongnya untuk lebih semangat ketika dirinya mengalami masalah atau dalam kesusahan.


Disebabkan itu, mereka mengambil keputusan untuk cuba mengenali hati budi masing-masing dan dengan berkat doa kedua ibu bapa, akhirnya mereka digelar sebagai pasangan suami isteri.


"Keputusan untuk mengadakan majlis secara sederhana ini adalah persetujuan diantara dua pihak. Kami dah bertunang beberapa bulan lepas, tetapi kami mengambil keputusan untuk berdiam dulu kerana takut jika perancangan kami itu hanyalah perancangan, yang saya pasti saya akan war-war kan apabila tibanya hari ini dimana kami telah pun disatukan dengan ikatan yang sah. Kami memilih hari isnin hari ini adalah kerana tarikh cantik, iaitu 23 Oktober 2023.


"Alhamdulillah rezeki saya bila berjumpa dengan seseorang yang ada anak perempuan juga. Setelah beberapa kali keluar bersama sebelum ini, nampak yang Ameena dah pun mula rasa selesa dan terima. Mungkin lepasni saya pula kena tinggal seorang di rumah kerana Ameena dah jumpa girl bestfriend dia iaitu mama dan kakak dia.






"Terima Kasih kepada yang sentiasa menyokong saya dari dulu hinggalah kini, yang dengar saya setiap petang di Hot FM dalam segmen Hot Squad, semoga sentiasa doa yang baik berbalik kepada anda.


"Harapan saya selepas ini, semoga saya sentiasa bahagia bersama isteri disisi dan keluarga saya untuk harungi pelbagai cabaran bersama dan semoga ini adalah perkahwinan saya sampai bila-bila hingga ke Jannah, InshaAllah," katanya.


Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai itu dilihat sangat indah dengan senyuman. Fizi Ali dan pasangannya telah selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz.




Sumber: Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah fizi dan isteri, semoga berkekalan hingga ke Jannah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:18 PM | Show all posts
Alhamdulillah syukur tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniAh....simple ja baju....
mengesahkan gosip janda meroyan ex laki nk kawin hjng bulan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xde pulak nak ckp sedara dok perang sana kena bunuh bagai tp Piji sibuk bergembira ngeseks. Sana makanan xde, sini sibuk makan kerang anytime.
Juga xde je nak kutuk cakap haram landaskan tarikh kat kalendar kristianyahudikapirlaknat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelah sana merempan ke?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2023 04:22 PM | Show all posts
good job fizi..! senyap2 dah bertunang.. senyap2 terus nikah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:23 PM | Show all posts
harap janda tak kacau pemikiran menah,

baru leh idup aman damai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah selamat pengantin baru..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik jugak wife baru ni..

Mantan tu bila nak kene saman? Tibehhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, tahniah.
Tak de la menggatal cari anak dara kan.
Semoga perkahwinan ini diberkati dan berbahagialah sehingga ke akhirnya. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife baru lagi lawa dari janda heols... Semoga bahagia hingga akhir hayat .. amiin
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti janda lagi meroyan kalau meena asyik nk balik rumah daddy sbb ada kakak nk main2 dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah, selamat pengantin baru. suka la meena ada kakak.
bini dia ni kawen muda kot, umur 30 anak mcm dah 11/12thn je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:40 PM | Show all posts
tahniah. lawo bini bang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Huiyo tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah fizi, cantik gak tarikh hari ni.
Senyap2 je dia rupanya dah bertunang tau2 menikoh.
Nikoh lak ari isnin, ok je majlis sederhana
Lagipun dedua pun dah penah kawen biasanya dah malas nk mejelis meriah sbb sedar nikoh tu je yg penting.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah fizi dan isteri..jeri alexander bila lagi nak bergelar datin seri
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 23-10-2023 04:27 PM
Cantik jugak wife baru ni..

Mantan tu bila nak kene saman? Tibehhh

Kecil molek je iols igtkan lum penah kawen tau2 ada anak dah besor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.055966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list