"Bila cerita itu keluar, saya sangat happy bekerja dengan semua orang dalam cerita itu. Tapi, saya rasa itulah detik yang mencabar saya untuk bercakap dalam bahasa Melayu.
"Saya nak belajar bahasa Melayu sampai satu tahap saya boleh betulkan bahasa Melayu orang lain. Bukan nak berlagak tapi saya nak buktikan yang saya boleh.
"Lepas tu, saya nak buktikan walaupun sama membesar bukan menggunakan bahasa Melayu tetapi penggunaan bahasa Melayu saya power. Kedua, saya nak kuasai bahasa Melayu sebab saya tak nak limitkan diri saya bawa watak yang balik dari over sea. Saya nak watak kampung.
"Ada je saya dapat watak kampung tapi bahasa saya macam skema gila. Saya sampai suruh manager saya ajar. Kadang-kadang saya rasa bodoh bila saya tanya orang, orang gelakkan.
"Kalau saya tanya 100 kali pun untuk benda tu tanak dalam otak, saya janji saya sampai ke destinasi itu. Dan sekarang, saya bangga dengan perjalanan saya," katanya.
Sumber: Xtra