View: 7264|Reply: 8
|
Lelaki 'Kantoi' Rakam Wanita Dalam Tandas, Siap Menyamar Pakai Tudung
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Satu rakaman video tular di laman sosial hari ini memaparkan seorang lelaki dicekup selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas perempuan di sebuah pasar raya di Masai, Pasir Gudang hari ini.
Dalam video berdurasi satu minit 49 saat itu menunjukkan lelaki iaitu suspek dipegang lelaki lain sambil kedengaran suara seorang wanita meminta kata laluan untuk membuka telefon bimbit suspek.
Tindakan wanita itu dipercayai untuk memeriksa rakaman tidak senonoh dilakukan lelaki itu yang dipercayai merakam gambar wanita menggunakan tandas berkenaan.
“Kau jangan bohong, aku rembat muka kau kan, tak payah acah-acah, perangai kau macam tahik kau tahu tak,” kata wanita berkenaan.
Sementara itu, seorang lelaki turut memeriksa suspek.
“Kaki berinai, mana tudung kau, pakai, siap bertudung berjanggut masuk tandas perempuan rakam gambar, kau nak jadi apa, kau dah kahwin ke belum?,” soal lelaki tersebut.
“Saya tak tahu kepala otak saya macam ini,” jawab suspek.
Video tersebut dipercayai dirakam mangsa di dalam sebuah kedai untuk dijadikan bukti.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Skodeng ni memang satu panyakit. Kat kampung mak saya ada seorang - dari bujang sampai beranak pinak pun masih buat benda tu..  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kawin kan dia ni.....
Laki sapa lah ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrg org suka kena skodeng... kat socmed yg public tu. skodeng je la situ |
|
|
|
|
|
|
|
oh ye , tkde org gila yg nak rakam kegiatan dlm tandas & upload kat socmed sendiri  |
|
|
|
|
|
|
|
patotnya... sendiri pasang kamera kat toilet pastu sendiri lah tengok video diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
sakit mental jantan ni..klu dah kahwin mmg nasib malang anak bini dia..memalukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by OshinDaSolja at 24-10-2023 07:39 AM
over the top sgt dia ni...klau betul dh kawen tu takkan la tak bole tnggal habit pervert jijikz ni... |
|
|
|
|
|
|
|
tgk video kat TT dia pulak baran tiber lps kena tangkap
masa biat tu sedap je kau kan
tiber plak acah2 baran |
|
|
|
|
|
|
| |
|