CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6877|Reply: 0

[Sabah] Ketua masyarakat lindungi PATI akan dipecat, diheret ke mahkamah

[Copy link]
Post time 22-10-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode


TONGOD: Ketua-ketua masyarakat di daerah ini akan berdepan tindakan pemecatan termasuk mengheret mereka ke Mahkamah jika terbukti melindungi Pendatang Tanpa Izin (PATI).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, memberi amaran tidak akan berkompromi dengan mana-mana ketua adat atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) jika tidak melaporkan kewujudan PATI di kampung di bawah jagaan mereka.

“Jika ada bukti kukuh mereka bersekongkol dengan mana-mana syarikat atau majikan yang menggaji PATI, pemimpin terbabit akan dipecat serta-merta, ” katanya berucap merasmikan Program Kesedaran Keselamatan di sini, pagi tadi.

Masiung turut menegaskan hukuman berat juga bakal menanti mana-mana individu atau majikan di daerah itu yang mengambil PATI bekerja tanpa dokumen dan pas yang sah.

Masiung yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu mahukan setiap pemimpin dan anggota masyarakat tidak bermuslihat dengan mana agen-agen pekerjaan melibatkan PATI untuk tujuan komersial.

Menurutnya, indek jenayah di negeri ini merekodkan pendatang asing merekodkan kes tertinggi.

Masiung mengesa Ketua-ketua kampung dan JKKK hendaklah mengawasi pengusaha ladang sawit dan getah di setiap kampung supaya melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati mereka menggaji pekerja di kalangan PATI.

Lebih 300 peserta terdiri daripada Ketua-ketua Kampung, pengerusi JKKK dan pemimpin setempat menghadiri program sehari anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Tongod yang diadakan di Dewan Terbuka Dataran Tongod.

Turut mengambil bahagian dalam pameran program itu ialah Jabatan Oftalmologi Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Polis, Regimen 516 Askar Wataniah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Kebanikan Am dan Celcom.

Pegawai Daerah Tongod, Nelson Domil Ulok, Ketua Wilayah MKN Kota Kinabalu, Amirsyah Mohd Nor dan Ketua Wilayah (MKN) Sandakan, Monday Fadzli Zainal Abidin turut hadir pada perasmian program sehari itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.500579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list