CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4662|Reply: 0

[Sabah] Sebuah rumah, empat kenderaan musnah dalam kebakaran

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:33 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Rumah dan kereta yang musnah dalam kebakaran di Kampung Bubul Laut, di sini.

SEMPORNA: Sebuah rumah dan empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Bubul Laut, Jalan Airport, di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian, kira-kira jam 6.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.39 petang.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal sudah musnah sebanyak 90 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran itu adalah sebuah van dan tiga kereta yang parkir berhampiran rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus menjalankan operasi pemadaman bagi mengelak kebakaran merebak ke kawasan berhampiran.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 9.12 malam.

“Kita akan membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa terbabit,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.075384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list