View: 3986|Reply: 15
|
Ella Salur Sebahagian Hasil Konsert Kepada Penduduk Gaza
[Copy link]
|
|
Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, penyanyi digelar Ratu Rock, Ella menyalurkan sebahagian daripada kutipan konsert di Pulau Pinang, Sabtu depan, kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia.
Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin membuat pengumuman itu melalui perkongsian video di Instagram (IG).
"Kita semua sedia maklum dengan berita sedih yang sedang berlaku di bumi Palestin. Ella amat sedih dengan apa yang sedang terjadi.
"Seperti anda, Ella cuba bantu sebaiknya apa yang terdaya. Oleh itu, kami akan salurkan sumbangan sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert kepada tabung Cinta Gaza Malaysia buat meringankan beban penduduk Gaza," katanya.
Ella bakal mementaskan Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Sabtu depan.
Ella juga berharap peminat yang hadir pada konsert di Pulau Pinang memberi sokongan terhadap rakyat Palestin yang sedang bertarung nyawa menentang kekejaman tentera Israel.
"Saya harap anda semua dapat doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di sana. Dengan rasa rendah diri, kami selaku penganjur sudah bersetuju untuk berkongsi solidariti bersama Palestin.
"Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin (pada konsert di Pulau Pinang), ayuh kita tunjukkan kebersamaan dan kasih sayang buat mereka," katanya.
Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota Edisi Utara adalah siri jelajah ketiga selepas Kuala Lumpur dan Singapura.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Xde pun kak ella nak mengongoi2 hantar paspot x lepas2 nak keluar tinggal laki anak gigil2 sebab nak g gaza.. bagi duit derma pada NGO bertauliah then doa, doa dan doa. Bukan meroyan2 buat video tiktok gaza palestine 24 jam tapi g sana naik bisnes class buat photo op makan duit derma. Cakap je |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 21-10-2023 10:11 PM
Xde pun kak ella nak mengongoi2 hantar paspot x lepas2 nak keluar tinggal laki anak gigil2 sebab nak ...
yg terpaling oalestine tu ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 21-10-2023 10:11 PM
Xde pun kak ella nak mengongoi2 hantar paspot x lepas2 nak keluar tinggal laki anak gigil2 sebab nak ...
Komen terbaikkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Cara supaya konsert xdikutuk. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 22-10-2023 01:12 PM
Cara supaya konsert xdikutuk.
Nak krowd datang ler iteww...sedangkheun ramai je yg tunda konsert during this time kheunz?
Nak derma kena dari hasil konsert...selama ini hasil konsert ko....tak boleh bagi keww? Kena yg akan datang nyer konsert...
Otak yahuddssss
Dasar |
|
|
|
|
|
|
|
hopefully coldplay kena cancel pasal aku dengki..aku tak dapat tiket..dapat yg singapore tapi nampak mcm tak boleh pegi je
|
|
|
|
|
|
|
|
MadameOnion replied at 23-10-2023 08:45 AM
hopefully coldplay kena cancel pasal aku dengki..aku tak dapat tiket..dapat yg singapore tapi namp ...
coldplay pejuang lgbts dan yahuds tau....ko ghaser?
Ko nak hady bawang dan gerombolan baring sepanjang mrr2 buat demonstrasi keww?
Kahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
|
.....jumpa akak Ella hari Sabtu ni....klu rajin saya follow tema Glam Rock masa konsert nanti![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan semalam ella announce pospone..tapi xpelah aku pi je tix hotel da baya, tix kapal terbang da baya, tiket konsert da beli..onz je..tema Glam rock palestine nanti..bole pakai warna palestine putih ,hijau,merah dn hitam...bole pakai mafla pun ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga selamat semuanya.
![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|