CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10721|Reply: 17

Lebih 8,000 Kes Tipu Beli Barang Dalam Tempoh 9 Bulan

[Copy link]
Post time 20-10-2023 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Sebanyak 8,868 kes penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang dengan nilai kerugian RM163 juta dilaporkan sejak Januari hingga September tahun ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata bilangan kes purata tahunan hampir mencecah 10,000 kes dengan jumlah kerugian meningkat setiap tahun iaitu peningkatan sebanyak 55 peratus tahun ini berbanding 2021.






"Sepanjang 2021, sejumlah 9,449 kes penipuan e-dagang dengan kerugian RM73 juta dicatatkan manakala pada 2022 sebanyak 9,258 kes dicatat dengan kerugian RM140 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menjangkakan berlaku peningkatan ketara dalam bilangan kes-kes penipuan e-dagang di tahun akan datang ekoran peningkatan jumlah platform e-dagang yang semakin popular dalam urus niaga masyarakat masa kini.


Menurutnya, kajian mendapati penyedia platform e-dagang telah menyediakan prosedur urus niaga yang selamat dan teratur namun kecenderungan mangsa untuk mendapatkan harga yang lebih murah mendorong mereka membuat pembelian terus dengan penjual tanpa melalui platform e-dagang berkaitan.


"elaku jenayah penipuan e-dagang menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp serta aplikasi jualan dalam talian untuk mencari mangsa," katanya.


Ramli turut mengingatkan masyarakat untuk berwaspada dengan cara hanya membuat pembelian melalui platform e-dagang yang mempunyai ciri keselamatan dan sentiasa menyemak komen daripada pengguna lain.


Selain itu, beliau menyarankan pengguna supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon penjual di pautan https:// semakmule.rmp.gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaka dgn ini rela hati mengaku, adalah salah seorg darinya. Beli perkakasan rumah seperti diiklan harga rm50, yg dpt gelang plastik. Haru ke tak haru tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 21-10-2023 08:35 AM
Kaka dgn ini rela hati mengaku, adalah salah seorg darinya. Beli perkakasan rumah seperti diiklan ha ...



Tapi boleh report seller tu...screenshot semua conversation...dari Shopee Chat sampai ke Whatsapp.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku guna Shopee dan Tiktok shop je...tapi kalau seller dari China aku tak nak beli..sebab ramai hantar barang tak cukup quantity.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat kutip statistik aje la pun keje polis ni.... Bila mangsa2 buat laporan, banyak yg polis clasify as kea sivil... Suruh ambik peguam untuk buat saman sivil. Padahal jelas2 ada unsur penipuan, unsur penganiayaan, unsur mencuri secara licik.... Sebab tu scammer bermaharajalela. Susah nak kena tangkap walaupun dalam banyak kes bukti2 cukup jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-10-2023 12:30 PM
Tapi boleh report seller tu...screenshot semua conversation...dari Shopee Chat sampa ...

Itu yg kaka nk buat asalnya. Seller kt soppi. Kedai dia hilang dr radar. Tak dpt dikesan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak ngahcow ijau andartu forever 41 tahun gemok gundu pelahap laksa Kedah tersenyum sinis

YouTube sarah82:

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 09:42 PM | Show all posts
meols kena kat Lazada...sib baik dpt refund...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 10:11 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 21-10-2023 09:29 PM
Mak ngahcow ijau andartu forever 41 tahun gemok gundu pelahap laksa Kedah tersenyum sinis { ...

Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-10-2023 10:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021

Dah meninggal katenye tercekik tulang ikan kembung dlm laksa sambil shopping lazada lepas merajuk dgn Shoppe.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa korang ni anti sangat dengan sarah82 tu? Bagi aku dia tu ok je. Yang suka menganjing sarah82 ni sebenarnya bagi aku lagi annoying sebab terlampau annoying aku block terus nama depa lol
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk tak OT shopee lazada ni pun scammer gak, konon free shipping time nak bayar tetiba ada kos shipping pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 22-10-2023 03:16 AM
Utk tak OT shopee lazada ni pun scammer gak, konon free shipping time nak bayar tetiba ada kos shipp ...

Free shipping shopee tu kemain laju dh abis,x sempat nk tekan check out tengok2 dh xleh pakai,mmg kena stand by tepat kul 12 tngah malam tu terus kena check out baru leh dapat guna...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 22-10-2023 03:15 AM
Kenapa korang ni anti sangat dengan sarah82 tu? Bagi aku dia tu ok je. Yang suka menganjing sarah82  ...

Dia  ni siapa? Apa kisahnya? Kena dia dianjjingi?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 05:45 AM | Show all posts
kenapa tak dilaporkan sama report kes yang telah diselesaikan dan apa hukuman kepada scammer....

laporan spt ini cuma menunjukkan kelemahan pihak keselamatan kita dan akan meyakinkan scammer mereka boleh scam merata-rata dengan pihak keselamtan hanya dapat berbuat sedikit sekali,.. tulis report dan buat stastik..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 03:20 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-10-2023 10:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021

Yg poremers gosip beli spender longgok tu kan.. ke Noor?? Iols is confusing…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 21-10-2023 09:11 PM
Misteri kehilangan sarah82 sejak 5/12/2021

Kan? Entah2 innalillah sebab kobid. Now kakadud pulak hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab tu kalau beli shopee lazada, selagi i tak check semua barang sampai puas hati, i takkan tekan item delivered..
tak puas hati i return/refund je..
kadang baca review buyer komplen tak cukup rosak iti ini, i jadi pelik..
korang tak check ke barang sebelum tekan item delivered?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071591 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list