View: 5372|Reply: 52
|
Aliff Aziz Dah Pujuk, Bella Astillah Nak Jadi Wanita Matang Dan Percayakan Suami
[Copy link]
|
|
Bella Astillah nak jadi wanita yang lebih dewasa dan enggan lagi bersedih tentang isu yang berlaku baru-baru ini.
“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya pun nak lupakan perkara yang berlaku. Saya nak ‘move on’. Biasalah rumah tangga ada fasa naik turun.
“Cuma saya harapkan yang terbaik sahaja. Kalau boleh saya tidak mahu lagi sedih-sedih dan menjalani kehidupan dengan positif. Itu yang saya nak lakukan sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/20/170933qk1oopk5q2kzvxqy.png) Foto: IG
Ujar Bella lagi, dia kini mahu menjadi lebih matang (dewasa) dan perlu menanam rasa lebih percaya terhadap suaminya, Aliff Aziz.
“Saya semakin dewasa. Saya cuma mahu jalani kehidupan dengan perasaan berlapang dada. Saya tidak mahu lagi ada perasaan macam dahulu. Selalu rasa risau. Tak nak dah.
“Sekarang saya lebih percaya pada dia (suami). Kalau tidak percaya, sudah lama saya tidak lagi bersama dengannya."
Enggan memanjangkan isu yang berlaku, Bella yang pernah menyertai program Famili Duo musim kedua tahun lalu turut meminta maaf kepada orang ramai yang berasa kurang senang dengan sikapnya yang dianggap tidak matang.
“Saya tak nak ulas lebih-lebih lagi. Sekarang isu yang lebih penting adalah tentang saudara kita di Palestin. Apa-apa pun, saya minta maaf kepada mereka yang kurang senang dengan saya.
“Mungkin ada yang fikir saya kurang matang. Saya pun dalam fasa untuk perbaiki diri memandangkan usia saya bakal mencecah 30 tahun, pada tahun hadapan,” jelasnya.
Hubungannya dengan Aliff, berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan telah pun dipujuk lelaki itu secara peribadi.
“Aliff pun sudah pujuk dan minta maaf kepada saya secara peribadi. Saya sendiri pun sudah minta maaf juga dengannya.
“Mungkin ada perkara yang saya terlepas pandang dalam diri saya juga. Lagi sekali, saya minta semua doakan yang terbaik,” katanya.
Terdahulu, kehadiran Sophia mencuri perhatian ramai kerana didakwa hadir bagi menonton Aliff yang pernah terkait dengan kontroversi cinta lokasi semasa konsert minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Bagaimanapun, Aliff enggan memberi komen atas kehadiran Sophia kerana bimbang akan timbul spekulasi yang tidak sepatutnya.
Sophia sewaktu ditemui media berkata, dia hadir kerana mahu memberikan sokongan terhadap sepupunya iaitu penyanyi, Aishah Retno yang membuat persembahan.
Aliff dan Bella yang mendirikan rumah tangga pada 2016, kini bahagia bersama sepasang cahaya mata, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau percaya laki kau, takde lah kau merempan bila si peah barkoba ada kat konsert GV. Kau pun mesti ada was2 dengan laki kau tu kan?
![](static/image/smiley/biggif/27.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
So Bella, hang dah mintak maaf belum yg hang fitnah Peah hari tu? Yg katanya Peah menipu, putar belit, Peah blah selepas laki hg perform?
Lps buat kenyataan fitnah, pastu post2 g mengaji Quran, post2 keje. Pastu, ingat org boleh lupa ke? Hang ni adalah Shuhada version Kurus. N muka sememeh. Kemek. Muka ala2 naif. Tp pemfitnah ehh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia yg merempan pastu claim move on. Gila ke hape |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun muka penyek korang kata si Bella ni, aiols suka badan budak2 macam dia. Sampai umo 70 pun sure nampak muda dari vlakang kalau badang kecik cinonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dolmat at 20-10-2023 08:18 PM
Sophiaaaaaaa oh Peahhhh plssss lahhhhhh Saman fitnah percermaran nama baik KO pada si Bella katek kemek penyek desperate housewife yg dia post dalam Instagram!
|
|
|
|
|
|
|
|
Beginilah sampai bang jamil mampos![](static/image/smiley/default/curse.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
sesiapa yang rapat dengan bella, bolehlah ceritakan kisah pengembala kambing dan seringala
masa first time cakap pasal kes curang (dengan afifah), netizen akan rasa simpati dan kesian. kali kedua (masa dekat2 waktu dorang bercerai), netizen kesiankan lagi. bila seterusnya dan seterusnya sampailah sekarang asyik up isu suami curang. netizen akan kata kau bodoh.
bila perkara yang sama berlaku berulang-ulang, orang akan muak dan akan blame you bella |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la tu belah. Semoga tak paranoid lg lepas ni dekat peah. |
|
|
|
|
|
|
|
bini2 aktor plak bising la ni yaa
bkn xbg bising, kami pun anti penyondol
tp overrrrrrrrrrrrrrrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
|
dah la bella oiii ulit la alip tu kalau risau sangat jgn bagi kluar rumah kepit kat ketiak tiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
matjerk replied at 20-10-2023 04:23 PM
So Bella, hang dah mintak maaf belum yg hang fitnah Peah hari tu? Yg katanya Peah menipu, putar beli ...
Baru nak komen benda sama. LOL
Eh cuba kalau alep yg pergi jejauh shooting pastu post gambar dgn 2 perempuan mcm Nabelah buat tu. Mampos Nabelah serang 2 org tu kan? Dia boleh pulak pi makan lah pi riadah lah apa lah siap post kat IG bersosial dgn rakan2 seshooting? |
|
|
|
|
|
|
|
Udah udah lah tu bella oi. Pasangan kalau nak curang, time dia happy happy dengan kau pun boleh dia buat. Bila dah jadi satu incident, of course kita akan jadi insecure. Tp keputusan tu ada dekat tangan kau sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Settle dlm wassap tak boleh ke? Statement gini pun nak bwk keluar press... |
|
|
|
|
|
|
|
Xkisah la. Lepasni kerap2 la muncul kat bodgos kisah korang ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Astaga patut la acik porem menyampah betul dgn ko nabellah. Iols bekap gak paham la dia nak rasa insecure dgn piah barkoba tapi kalau dah ko yg kejap ok, kejap k.o patut la kena lahar. Masalahnya mood swing ko ni kalau ko tak meroyan, gaduh dgn alip berdua je takpe ni ko gak memekak kt press
Kejadah |
|
|
|
|
|
|
|
tasty betoi iols tengok alipp ajiss. patutlaa si beloss nie insecure pon ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Betuilaa tgk gambar dlm restoran tu mcm budak darjah 6 |
|
|
|
|
|
|
| |
|