View: 21918|Reply: 25
|
KL DRB Hicom FC (2008-2016)
[Copy link]
|
|
Edited by HangPC2 at 23-12-2016 03:49 PM
Pos Malaysia FC (Postman) Liga Premier 2013
Pos Malaysia FC ditubuhkan pada Mac 2008. Pasukan ini di ilhamkan oleh PosMel, Dato' Mohamed Hazlan Mohamed Hussain. Pos Malaysia FC di daftarkan Kuala Lumpur Football Association (KLFA)dan bersaing KLFA Premier League pada tahun 2008. Pada Musim 2009, Pos Malaysia FC beraksi Liga FAM. Gelanggang Pos FC di MPS Stadium di Selayang, Selangor. Kelab ini di bawah pengurusan Pos Malaysia Berhad. Pada Ogos 2009, Pos Malaysia FC menjuarai Liga FAM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pos Malaysia dapat sentuhan Mat Zan
SKUAD Pos Malaysia mengharapkan sentuhan jurulatih baru, Mat Zan Mat Aris untuk membawa pasukan itu menjuarai saingan Liga Perdana musim ini, sekali gus layak ke Liga Super musim depan.
Pengalaman Mat Zan, 53, yang pernah membimbing Kuala Lumpur, Terengganu, TMFC dan KL Plus diharap mampu membentuk skuad mantap biarpun Pos Malaysia tidak dibarisi pemain-pemain ternama.
Pengurus pasukan, Shaari Shazali berkata, skuad Pos Malaysia musim ini dibarisi 15 pemain lama serta sembilan muka baru iaitu Rusydee Samsudin, S. Sumindran, Saufi Ibrahim, Amri Fazal Mat Nor, Sani Nawi, Hafizudin Said, Abdullah Yusoff, Halim Che Hassan dan Khairi Hassan.
“ Daripada 24 pemain kita musim ini, 14 pemain merupakan kakitangan Pos Malaysia sendiri dengan majoriti adalah posmen.
“ Berkat kesungguhan pemain dan kredibiliti jurulatih (Mat Zan), saya rasa tak mustahil untuk Pos Malaysia muncul juara Liga Perdana dan sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian ke suku akhir Piala FA musim lalu.
“ Biarpun kita tidak dibarisi pemain bertaraf bintang, tapi insya-allah kami akan menjadikan mereka ini bintang, ” kata Shaari pada sidang media pengenalan pemain Pos Malaysia 2011 dan jersi baru tajaan Eider di ibu negara semalam.
Sementara itu, Mat Zan berkata, tugas melatih pemain bukan bintang lebih mudah berbanding melatih pemain bintang seperti ketika dia bersama KL Plus musim lalu sambil menganggap tiada bezanya melatih pasukan Liga Super atau Liga Perdana.
“ Dalam latihan saya dapat lihat para pemain Pos Malaysia ini cukup bersemangat tinggi, itu bezanya. Tanggungjawab seorang jurulatih adalah untuk membimbing para pemain ke arah kejayaan pasukan.
“ Jadi saya harap Pos Malaysia musim ini mampu pergi lebih jauh dan memperbaiki kedudukan mereka (tangga kelapan Liga Premier) pada musim lalu, ” ujar Mat Zan.
Kapten Pos Malaysia musim ini ialah Faizal Nasir dan mereka turut mengekalkan penjaring kedua terbanyak Liga Premier musim lalu, G. Puaneswaran biarpun cuba dipancing beberapa pasukan Liga Super.
JADUAL
LIGA PERDANA 2011
(ISNIN)
JOHOR lwn POS MALAYSIA
Stadium JCorp, Pasir Gudang, 4.45 ptg
PKNS lwn SIME DARBY
Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 4.45 ptg
ATM lwn MP MUAR
Stadium Selayang, 4.45 ptg
PULAU PINANG mln SARAWAK
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, 4.45 ptg
USM FC lwn PDRM
Stadium USM, Pulau Pinang, 8.45 mlm
(SELASA)
HARIMAU MUDA B lwn SDM NAVY
Stadium Selayang, 4.45 ptg
Sources : http://wanfakhrul.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Friendly Match (20/12/2011)
Kedah FA 0 Pos Malaysia FC 0
|
|
|
|
|
|
|
|
SENARAI PEMAIN & PEGAWAI POS MALAYSIA 2012
PASUKAN POS MALAYSIA FC
GELARAN Posmen
STADIUM Stadium MP Selayang
PRESIDEN Bahaman Kamaruzzaman
PENGURUS Shaari Shazali
PENOLONG PENGURUS / PEGAWAI MEDIA Shafizah Umamah Abd Mutalib
JURULATIH Torayraju a/l Govindasamy
PEN. JURULATIH / JURULATIH KECERGASAN Hamdan Mohamad
JURULATIH PENJAGA GOL Azman Jaafar
FISIOTERAPI Mohamed Zahari Sulong
PEGAWAI KESELAMATAN Hasnizam Hashim
PENCAPAIAN 2011 • Ke 9 Liga Premier
• Pusingan Awal Piala FA
• Tidak layak Piala Malaysia
SENARAI PEMAIN
Jersi Posisi Pemain Umur Kelab Sebelum Warganegara
1 Penjaga Gol Mohd Jibrail Kamaron Baharin 27 POS Malaysia FC Malaysia
2 Pertahanan Mohd Sani Nawi 29 POS Malaysia FC Malaysia
4 Pertahanan Nor Nahrul Hayat Nordin 29 - Malaysia
5 Tengah Mohd Hafizulldin Mohd Nor 25 - Malaysia
6 Tengah Mohd Arman Zairi Mohd Johan 30 POS Malaysia FC Malaysia
7 Tengah Mohd Hafiz Mahadi 30 - Malaysia
8 Tengah Mohd Saddam Mohd Nor 22 Kedah FA Malaysia
9 Penyerang Fatrurazi Rozi 34 ATM FA Malaysia
10 Penyerang Khairul Zal Azmi Zaihiruddin 29 POS Malaysia FC Malaysia
11 Tengah Mohd Halim Che Hassan 26 POS Malaysia FC Malaysia
12 Tengah Premananthan A/L Kerisnan 24 Selangor PKNS FC Malaysia
13 Penyerang Mohd Aliff Hafifi Mohammad 24 Rapid KL FC Malaysia
14 Tengah Roslee Ariffin 27 - Malaysia
15 Pertahanan Mohd Hanif Mohd Noor 22 NS Betaria FC Malaysia
16 Pertahanan Abdullah Yusoff 25 POS Malaysia FC Malaysia
17 Penyerang Mohd Fakhrul Aiman Sidid 23 Rapid KL FC Malaysia
18 Pertahanan Mohd Aizulridzwan Razali 26 Selangor PKNS FC Malaysia
19 Penyerang Puaneswaran A/L Gunsekaran 29 POS Malaysia FC Malaysia
20 Tengah Mohd Hafizi Aminuddin 24 POS Malaysia FC Malaysia
21 Pertahanan Azmeer Yusoff 22 Perak FA Malaysia
22 Penjaga Gol Muhd Shahruddin Ismail 28 POS Malaysia FC Malaysia
23 Tengah Mohd Hanifuddin Abdul Rahman 28 POS Malaysia FC Malaysia
24 Penjaga Gol Mohd Khairi Hassan 29 POS Malaysia FC Malaysia
25 Tengah Sumindran A/L P.Subramaniam 26 POS Malaysia FC Malaysia
PURATA UMUR PEMAIN: 26.6 |
|
|
|
|
|
|
|
Polis, Bujang Senang kenduri gol
2013/01/12 - 05:23:07 AM
Oleh Nazri Abu Bakar dan Bashah Zainol Abidin
Kuala Lumpur : Polis terus berpesta gol dalam kancah Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-0 di Stadium KLFA, Cheras semalam dengan semua gol dihasilkan selepas pertahanan tuan rumah, Ahmad Jihad Ismail dilayangkan kad merah pada minit ke-55.
Khairul Amar Kassim membuka jaringan untuk Polis pada minit ke-64 dan kemasukan penjaga gol simpanan Kuala Lumpur, Phoo Kai Lun menggantikan Azizon Abdul Kadir menyaksikan Dzul Haikal Shamery (m-83), Afif Amiruddin (m-90) dan Khairul Izuan Abdullah (m-91) menambah jaringan pelawat.
Di Stadium Hang Jebat, Johor menambah derita NS Betaria apabila menundukkan pasukan tercorot itu 2-0 hasil jaringan Farid Ramli (m-66) dan Muriel Juan Orlando (m-85).
Di Stadium Hang Tuah, KL SPA menang 4-2 ke atas Perlis dengan gol-gol tuan rumah diledak Fadly Iskandar (m-2), Sazali Suwandi (m-64) dan Khairol Azry (m-68 dan 73), manakala jaringan Singa Utara dihasilkan Ailim Fahmi (m-8) dan Antwi Agyare (m-39).
Di Stadium Selayang, Sime Darby melakar kemenangan pertama dalam misi menjuarai Liga Perdana musim ini apabila menewaskan Sabah 3-1. Pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi Koh Traore (m-15) tetapi anak buah Ismail Zakaria bangkit merakam kemenangan menerusi Fahrul Razi Kamaruddin, Karlo Primorac dan satu gol sendiri pemain Sabah.
Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak berpesta gol dengan kemenangan 5-0 ke atas UiTM hasil jaringan Bobby Gonzales (dua gol), Joseph Kalang Tie, Ivan Babic dan Guy Bwele.
Di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah mengatasi Pos Malaysia 1-0 hasil jaringan penalti pemain import dari Chile, Nelson San Martin pada minit ke-83.
- Berita Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Watsons Piala Malaysia 2013
|
|
|
|
|
|
|
|
KL DRB Hicom FC Logo (2014)
DRB-Hicom Football Club is a Malaysian football club, which currently plays in the Malaysia Premier League, the second tier of Malaysian league system.
The club was formed in March 2008 as Pos Malaysia FC then registered with Kuala Lumpur and competed in KLFA Premier League in the year 2008. In 2009, Pos Malaysia competed in the Malaysia FAM Cup, the third-tier of the Malaysian League. At the end of August 2009 they was crowned as the champion of Malaysia FAM Cup and promoted to the 2010 Malaysia Premier League. Starting season 2014 the club has changed name to DRB-Hicom Football Club.
|
|
|
|
|
|
|
|
Liga Premier Malaysia (3/4/2015)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|