CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 0

[Perlis] 7 nelayan Thailand ditahan ceroboh perairan Perlis

[Copy link]
Post time 20-10-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode
7 nelayan Thailand ditahan ceroboh perairan Perlis


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis menahan tujuh nelayan warga Thailand dalam tiga buah bot yang menceroboh perairan negara di Kuala Perlis untuk menjarah hasil laut negara. FOTO Ihsan APMM




Kangar: Tujuh nelayan warga Thailand ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana menceroboh perairan negara di Kuala Perlis, di sini untuk menangkap ikan semalam.

Nelayan berkenaan ditahan dalam tiga buah bot yang berpengkalan di Thailand selepas dikesan Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis di tiga kedudukan berbeza iaitu 0.84 batu nautika dari barat Sungai Bahru.

Manakala dua lagi bot nelayan dikesan pada kedudukan dalam jarak yang lebih kurang iaitu 0.4 batu nautika dari barat pesisiran Kuala Perlis.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, anggotanya mengesan kehadiran ketiga-tiga bot berkenaan ketika melakukan rondaan Op Aman/Op Tiris di sekitar perairan Perlis.

"Ketika ditahan, ketiga-tiga bot nelayan asing berkenaan sedang menangkap ikan di perairan negara ini dan hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpengkalan di Thailand.

"Bot itu dikemudi seorang tekong dan lima orang awak-awak warganegara Thailand berusia antara 13 hingga 47 tahun," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, semua suspek serta rampasan bot dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Bot dan enjin sangkut bergalah dianggarkan bernilai hampir RM35,000 dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 Seksyen 15 (1) (a) kerana menangkap ikan atau cuba menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia.

"Selain itu juga, nelayan berkenaan juga didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pas atau permit yang sah untuk tinggal di Malaysia," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 20, 2023 @ 10:47am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.374586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list