CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1515|Reply: 11

Dah 20 Tahun Kawan Baik, Ieda Moin Dan Noorkhiriah Takut Bila Bayangkan Salah Seorang Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 20-10-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Dah berkawan lebih 20 tahun, Noorkhiriah tidak dapat membayangkan sekiranya teman baiknya pelakon Ieda Moin meninggal dunia.


Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Sapie, 45, berkata, dia sering memikirkan bagaimana kehidupan tanpa kehadiran seorang teman baik seperti Ieda.


"Saya selalu membayangkan macam mana kalau dia (Ieda) meninggal dunia. Saya tidak tahu bagaimana kehidupan saya nanti.


"Saya takut kalau salah seorang daripada kami meninggal dunia dulu," katanya kepada mStar.




Foto: mStar




Dalam pada itu, Ieda atau Siti Haida Abdul Moin, 44, turut memberitahu dia dan Khiriah pernah membincangkan tentang isu kematian.


Tambah Ieda, dia sangat menghargai kehadiran Khiriah sebagai seorang rakan dan mendedahkan pelakon Bedah Tong Gas itu merupakan antara individu yang banyak memberikan sokongan terhadapnya untuk berhijrah.


"Masa kami muda dulu... Kami masing-masing pernah lalai. Saya boleh katakan Khiriah antara individu yang banyak memberi sokongan terhadap penghijrahan saya (menutup aurat).


"Dia (Khiriah) juga orang pertama yang membelikan saya tudung saat saya mahu berhijrah," jelasnya.


Ieda juga mendedahkan biarpun mereka jarang bertemu, namun Khiriah tetap mengambil berat terhadap dirinya dan pernah menawarkan untuk memberi bantuan kewangan.


"Kami jarang berjumpa... Selepas kami berkahwin masing-masing buat hal sendiri. Namun, apabila terdetik sahaja di hati mesti salah seorang daripada kami akan menelefon.


"Korang ada kawan tak yang telefon untuk bertanya khabar dan beritahu sama ada saya nak pakai duit atau tidak.


"Demi Allah dia yang telefon saya dan cakap 'kalau kau nak duit, kau beritahu aku tau'... dia boleh sampai tahap itu.


"Sampai saya cakap kau ni macam aku tak ada duit sahaja... kalau saya tak ada duit saya cakap," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2023 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati adalah pasti. Kenapa buat statement macam tu? Entah-entah kau yang mati dulu,
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:01 AM | Show all posts
khiriah ni kadang2 terpaling eh.... relaks2 sudaa.... ye kita tau awak dah berhijrah...lama dahhhh... tauuuuuuuuuuu..... yeee.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 10:05 AM | Show all posts
Mesti start bestie dari Mario Mariono Bros kkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
mati itu pasti..kita sentiasa la beringat
depa berdua dulu2 aku suka tgk drama depa esp yg lawak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on forumer....
Lagi!
Lagi!
Lagi!

Sila benamkan benang si duda terpaling lembam dan si janda terpaling teraniaya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling berhijrah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2023 11:41 AM | Show all posts
nak bagi duit ke nak bagi pinjam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
HelgaPataki replied at 20-10-2023 10:05 AM
Mesti start bestie dari Mario Mariono Bros kkk

Meols beli k vcd tu. Masih tengok sampai sekarang. Rusdi ramli yg masih hensem, dgn saiful apek dan salleh yakub yg kelako. Lepas tu best ada joey yg. Nak gelak gelak hilang stress, meols akan tengok vcd ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 07:39 AM | Show all posts
ilacantik replied at 21-10-2023 12:00 PM
Meols beli k vcd tu. Masih tengok sampai sekarang. Rusdi ramli yg masih hensem, dgn saiful apek da ...

Me dah download drpd YT yee haha mekasih la org2 yg sudi upload telemovie dolu2 kat YT
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku kdg2 mcm kesian dgn ieda ni..mentang2 le x lawa..so pengarah mesti bg watak bibik org gaji je utk dia ni
Gitu le reality lokal drama punya industry
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa dan body macam jiran setaman saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.099376 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list