View: 2629|Reply: 27
|
"Dia Kerap Meminum Air Tandas Ketika Kelaparan Dan Hanya Menjamah Sisa Makanan Yang Tertinggal"
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Ibu kepada kanak-kanak lelaki mangsa penderaan berkata, "Selama beberapa bulan anak saya tanggung kesakitan, tekanan dan penderitaan akibat dibiarkan kebuluran dan dikurung di tandas, pelaku seharusnya dijatuhi hukuman setimpal."
M Ana, 34, kata dia berpeluang untuk bertemu dengan anaknya Sabtu lalu selepas dimaklum pelindung kanak-kanak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dia terkilan melihat keadaan anaknya itu dan hampir tidak mengenalinya kerana keadaan fizikalnya itu tidak sama seperti sebelum ini.
Foto: Harian Metro
Katanya, ketika anaknya tinggal bersamanya dua tahun lalu, berat badan anaknya itu mencecah lebih 60 kilogram dan seorang yang ceria dan peramah.
"Saya pernah membuat laporan sebanyak tujuh kali termasuk di Banting, Selangor kerana suami tidak membenarkan untuk bertemu dengannya sejak lebih setahun lalu.
"Saya tidak menolak kemungkinan dia menjadi mangsa penderaan dalam tempoh setahun ini," katanya kepada Harian Metro.
Ana berkata, berdasarkan perkongsiannya, dia kerap meminum air tandas ketika kelaparan dan kadang-kala dia hanya menjamah sisa makanan yang tertinggal.
Anaknya juga menyatakan dia terpaksa menahan kesakitan apabila sengaja dipukul serta dicucuh api oleh teman wanita suami dan tiada tempat untuk mengadu nasibnya.
"Saya tidak melihat perbuatan mereka namun siapa saja pelaku, saya tidak akan memaafkan mereka dan berharap dibawa ke muka pengadilan.
"Tak dapat bayangkan nasibnya sekiranya dia tidak diselamatkan polis, mungkin kami akan kehilangannya," katanya yang juga peniaga nasi lemak di Kuala Selangor.
Menurutnya, bagaimana dia memujuknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga keadaannya beransur baik.
"Saya bersyukur kerana dia terselamat, terima kasih kepada polis, komuniti setempat mahupun sukarelawan.
"Saya juga menghargai perhatian diberikan Pertubuhan Pergerakan Wanita Johor (JEWEL) dan Skuad Waja terhadap anak saya ketika dia diselamatkan hingga kini.
"Saya tidak sabar untuk dibenarkan membawa pulang anaknya selepas proses siasatan, saya akan mendaftarkannya di sekolah dan akan memastikan kesihatannya lebih baik," katanya.
Malah buat masa kini, Ana turut memberi jagaan kepada ibunya berusia 54 tahun yang juga pesakit strok.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang menjadi mangsa dera ditemukan tidak bermaya, dibiarkan berbogel dan dikurung dalam tandas rumah keluarganya di Pulai, di sini, Jumaat lalu.
Ia disedari jiran yang kebetulan ke rumah keluarga mangsa untuk menumpang meletakkan barangan basah di dalam peti ais, Khamis lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
aku pantang tul org dewasa dera budak...boleh tak kita pi ramai2 balun tukang dera tu? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau org luar tu pon kita rasa nak penggal kepala.. ini emak sendiri..
mmg elok kena humban dlm kandang babi biar babi makan idup2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ada tabiat suka dera budak2? Dah gila ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa la tergamak nak sakitkan kanak2. Sepatutnya kena bagi hukuman mcmana dia buat kat adik tu. Biar dia rasa sikit. Cucuh dengan api rokok..kita ganti dengan penunu bunsen..
|
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia: kalau org luar tu pon kita rasa nak penggal kepala.. ini emak sendiri..mmg elok kena humban dlm kandang babi biar babi makan idup2
bukan mak kandung dia... ayah dia dengan gelpren ayah dia..
tapi good to know ada happy ending gini, last2 mak dia dapat jugak jumpa n jaga anak dia. tapi sedih bayangkan penderitaan dia selama ni. aku takbleh laaa dengar kisah2 camni, mmg jadi teringat kat anak sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya,kesian adik ni. Nasib jiran nampak asbab letak barang basah kat dapur. Mcm mana la ko tido mlm2 tu kalau kene kurung dalam toilet, mesti sejuk |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya lah ko dek
tak bole brain perlakuan
kalau malas nak bela pun anto la kat org yg nak jaga dia
agaknye mentaliti pendera2 ni dapat kepuasan ke camne ya |
|
|
|
|
|
|
|
J lagi ke.. Kes dera sebelum ni pun kt J yg mak berboiprenkan betina seberang tu. Yg tu pun jiran2 yg alert. Tak tau apa sudahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Setan pun geleng kepala nengok manusia lagi jahat dari dia. Benih sendiri pulak tu. Ko bercerai dengan mak nyaaaa, anak ko tu sampai bila2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian. Dr berisi ni sampai kurus.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
bottombikini replied at 18-10-2023 05:30 PM
kesiannya lah ko dek
tak bole brain perlakuan
kalau malas nak bela pun anto la kat org yg nak ja ...
Mmg bapaknya tu mls nk jaga pun. Amik ank sbb nk sakitkn hati exwife je. Buktinya, 7 report polis mak adik ni buat sbb exhsben dia xbg jumpa ank sejak stahun lps. |
|
|
|
|
|
|
|
dari badan sihat sampai kurus kering dikerjakan...
syukor ada jiran2 yang perihatin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa perasaan Polis ambil report ru tapi langsung tak bantu mangsa...langsung tak pergi tengok budak tu dah jadi macam mayat hidup |
|
|
|
|
|
|
|
susukambingbest replied at 19-10-2023 08:35 AM
Mmg bapaknya tu mls nk jaga pun. Amik ank sbb nk sakitkn hati exwife je. Buktinya, 7 report polis ...
Apa je yang Polis Polis Raja di Malaysia tu buat? |
|
|
|
|
|
|
|
moga kedua bapak kandung n gepren masuk penjara. anak depa pulak kena tinggal. silap haribulan kena dera |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu budak kecik yg jiran jumpa pun india, nasib baik jiran prihatin. Tak sayang anak ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
???????????????? kesian nye adik ni. 6 bulan dari sihat terus nmpk tulang2. Semoga adik ni dimurahkan rezeki, dipermudahkan hidupnye dan berjaya kelak. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni tak pergi sekolah la kan..
Memang kita pn akan terkejut tengok perubahan badan tu.
Kalau pergi sekolah mesti cikgu2 dah boleh detect kes2 pengabaian n dera gini..
Hopefully adik ni kembali sihat n ceria. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian betul laaa... budak tu harap ko bagi kasih syg.. bukan sebaliknya. Xnak syg anak ko bagi laa kat org lain. Ape punya manusia laa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|