CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1620|Reply: 1

Abaikan Je Kecaman, Ziana Zain Minta Hasif Upin Jangan Layan Haters

[Copy link]
Post time 18-10-2023 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Ziana Zain, 55, nasihat Hasif Upin, 29, supaya tidak membalas komen dan kecaman netizen yang memintanya berhenti menyanyi kerana dianggap tidak layak berduet dengannya.


Membalas setiap komen 'haters' (pembenci) hanya akan memberi peluang dan ruang untuk dia menunjukkan kelemahannya kepada mereka.


Foto: IG




"Jangan jawab komen 'haters' yang hanya satu peratus saja itu kerana yang penting, Hasif terbabit dalam bidang seni kerana minatnya dalam bidang nyanyian dan dia mahu buat persembahan," katanya.


Ziana berkata, Hasif adalah penyanyi baharu dan secara kebetulan dia muncul dalam era media sosial di mana netizen bebas untuk mengkritik penyanyi baharu sepertinya.


  





"Biasalah, 'jabatan netizen' memang macam tu dan jangan ambil serius apa yang mereka cakap. Mungkin Hasif penyanyi baharu dan dia terasa dengan komen negatif daripada 'haters' itu.


"Jangan goyah dengan komen 'haters' kerana dia perlu terus melangkah dalam bidang nyanyian yang diceburinya itu," katanya.


Terdahulu, Hasif meluahkan ada netizen memintanya berhenti menyanyi gara-gara dikatakan tidak layak berduet dengan Ziana menerusi lagu berjudul Waktu.




  



Hasif atau nama sebenar, Muhammad Hasif Sharuddin yang juga TikToker terkenal yang memiliki seramai 2.6 juta pengikut berkata, dia menerima kiriman mesej oleh 'haters' sebelum 'menghentam' di ruangan komen selepas mesejnya tidak dilayan.


"Sebenarnya akaun palsu ada mesej langsung (DM) saya. Dia beritahu 'baik kau stop sajalah menyanyi dengan Ziana. Tak layaklah'.


  



"Saya tak layan pun mesej ini, saya cuma tengok saja. Kemudian esoknya, dia hentam pula dalam komen hantaran yang saya muat naik," katanya


Sementara itu, Waktu kian mendapat tempat di halwa telinga pendengar yang rata-ratanya meluahkan rasa teruja dengan gabungan itu sehingga meramalkan karya itu bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL). -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul apa kak ZZ ckp tu.. bolayan je.. kak ZZ patut ckp kat kak Ecah jgk.. penat tgk dia bergocoh ngn netizen..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.036845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list